Harian Metro

Kejang atas 63m

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

 Pemandu kren mohon bantuan bomba dan penyelamat

Akibat mengalami kekejangan otot kaki, seorang lelaki terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat untuk diturunkan dari kren dikendalik­annya di sebuah tapak pembinaan dekat Taman River Ria, Jalan Kuching-Samarahan di sini, kelmarin.

Difahamkan, pemandu kren dikenali sebagai Musalimin Bakri, 29, tidak dapat turun dari kren pada ketinggian 63 meter selepas mengalami kejang otot serius.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Anggota BBP Tabuan Jaya tiba ke lokasi jam 2.43 petang dan seramai 11 anggota terbabit dalam operasi menyelamat­kan mangsa. Mereka mengambil masa dua jam menurunkan mangsa dari kren dikendalik­annya,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat­kan mangsa mencabar kerana mereka hanya mempunyai ruang yang kecil dan terhad untuk mengeluark­an mangsa dari kren itu pada ketinggian 63 meter.

“Selepas mengeluark­an mangsa dari tempat pengendali­an kren, anggota bomba meletakkan mangsa pada alat pengusung sebelum menurunkan­nya dengan kren.

“Sebaik menurunkan mangsa, lelaki itu dibawa ke Hospital KPJ Kuching untuk rawatan lanjut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KREN yang dikendali mangsa di tapak pembinaan di Jalan Kuching-Samarahan.
KREN yang dikendali mangsa di tapak pembinaan di Jalan Kuching-Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia