Harian Metro

Henyak isteri

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@ hmetro.com.my

 Suami berang tidur diganggu selepas bertengkar

Seorang wanita bukan saja diugut dicederaka­n dengan parang oleh suaminya, malah ditumbuk, dipijak sebelum dipukul dengan sarung parang di rumah mereka di Kampung Kuala 2, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun yang cedera di lengan dan kaki kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Papar.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menegur suaminya kerana sering pulang lewat dengan membawa van milik wanita itu menyebabka­n mereka bertengkar.

“Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengejutka­n suaminya yang tidur di ruang tamu untuk menghantar­nya ke Putatan membeli barang runcit kedai mereka.

“Suspek berang dan meminta mangsa diam sebelum mengambil parang lalu mengugut mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek yang marah kemudian menumbuk bahu, memukul serta memijak kaki mangsa beberapa kali, namun mangsa sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran untuk membuat laporan ke balai polis berhampira­n.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Papar dan dirawat sebagai pasakit luar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu bernikah pada 2015 tetapi hingga kini belum mendaftark­an perkahwina­n mereka. Tenom: Seramai 37 warga asing termasuk sembilan kanak-kanak ditahan dalam Op Pencegahan Jenayah di empat lokasi termasuk kawasan ladang sawit di sekitar daerah ini, kelmarin.

Operasi itu dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom diketuai Inspektor Jarraw Anak Madong dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Antara lokasi serbuan adalah Sapong, Melalap, Kampung Tenom Lama dan Kampung Cinta Mata yang dikenal pasti sering menjadi penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, operasi yang disertai 27 pegawai dan anggota penguat kuasa itu dijalankan untuk mengesan pesalah mengikut Akta Imigresen selain usaha pencegahan jenayah.

Menurutnya, antara yang ditahan adalah 24 lelaki dewasa dan empat wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki serta lima kanak-kanak perempuan.

“Individu yang ditahan itu berusia lima hingga 55 tahun dan dipercayai berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri dan disyaki tinggal secara tidak sah di negara ini,” katanya.

 ??  ?? OP Pencegahan Jenayah di empat lokasi.
OP Pencegahan Jenayah di empat lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia