Harian Metro

Cadang bangun Zon Perdaganga­n Bebas Digital di LTAK Helah syarikat di sebalik bunting

-

Kuching: Kerajaan negeri bercadang mewujudkan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, bagi merancakka­n ekonomi digital di Sarawak.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Dagang negeri Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, cadangan pelaksanaa­n itu akan mengikut model DFTZ yang bakal diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi.

Menurutnya, DFTZ yang diwujudkan di KLIA beroperasi sebagai gudang dilengkapi teknologi terkini untuk pengurusan dan pembahagia­n barangan, sokongan semakan kastam dan ruang kuarantin bagi barangan e-dagang masuk dan keluar dari negara ini.

“Sehubungan itu, kementeria­n bercadang mewujudkan DFTZ sama di negeri ini, namun ia akan mengikut acuan kita sendiri dengan lokasinya sebaik-baiknya di LTAK.

“Bagaimanap­un, saya menyerahka­n kepada budi bicara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg untuk menilai semula cadangan ini,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Linehaul & Hab E-Dagang GDEX di Jalan Batu Kitang di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah Pejabat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak Roslan Mohamad; Timbalan Pengarah Jabatan Pos SKMM Mohd Iskandar King dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GD Express Carrier Bhd Teong Teck Lean.

Wong berkata, pihaknya berharap sektor swasta dapat bekerjasam­a dengan agensi kerajaan negeri bagi mewujudkan DFTZ di LTAK.

“DFTZ itu perlu berdasarka­n kehendak sektor swasta yang terbabit dalam perniagaan e-dagang di negeri ini. Ia juga selaras dengan sasaran kerajaan negeri yang mahu memartabat­kan ekonomi digital di Sarawak, seterusnya menggalakk­an penduduk negeri ini berniaga secara dalam talian,” katanya.

Sebuah premis Dataran Bengkoka dekat sini, dikesan meletakkan gegantung (bunting) dan poster syarikat telekomuni­kasi di pintu utamanya bagi melindungi aktiviti perjudian dalam talian tanpa lesen.

Bagaimanap­un, taktik licik itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu sepasukan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, kelmarin.

Dalam serbuan Op Dadu pada jam 4.45 petang itu, operasi yang dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu berjaya menahan 12 lelaki disyaki pelanggan di premis itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, bertindak atas makumat, sepasukan polis diketuai Inspektor Hasryman Osman menyerbu premis itu kerana disyaki menjalanka­n kegiatan perjudian dalam talian tanpa lesen.

“Ketika serbuan, kita dapati 12 lelaki disyaki pelanggan leka bermain judi dalam talian sebelum ditahan untuk pemeriksaa­n. Polis turut merampas 10 komputer riba yang diubah suai untuk perjudian dalam talian, wang tunai RM450 serta beberapa peralatan dalam premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati pemilik premis meletakkan gegantung dan poster syarikat telekomuni­kasi bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis

Menurutnya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

 Aktiviti judi atas talian terbongkar selepas diserbu anggota polis dalam Op Dadu

 ??  ?? HASRYMAN (kiri) bersama anggota memeriksa komputer riba yang digunakan untuk kegiatan perjudian dalam serbuan Op Dadu, di Dataran Bengkoka, Kota Marudu. PREMIS meletakkan banting dan poster syarikat telekomuni­kasi di Dataran Bengkoka.
HASRYMAN (kiri) bersama anggota memeriksa komputer riba yang digunakan untuk kegiatan perjudian dalam serbuan Op Dadu, di Dataran Bengkoka, Kota Marudu. PREMIS meletakkan banting dan poster syarikat telekomuni­kasi di Dataran Bengkoka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia