Harian Metro

Stesen minyak Smart sasar luar bandar

-

Kuching: Kerajaan negeri membangunk­an program stesen minyak mini luar bandar dikenali sebagai Smart untuk menyalurka­n bekalan petroleum dan diesel ke kawasan luar bandar yang jauh dari kemudahan stesen minyak sedia ada.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, melalui program itu, pihaknya akan mewujudkan 20 stesen minyak mini Smart di kawasan yang dikenal pasti memerlukan bekalan berkenaan.

“Dua stesen minyak mini Smart dikendalik­an Smart Resources Sdn Bhd sudah dalam pembinaan di Tanjung Manis dan Stapang.

“Lapan lagi stesen mini itu masih dalam proses permohonan dan selebihnya dalam proses kenal pasti tapak,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Perundinga­n Koperasi Negeri Sarawak di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Osman Ismail, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Stanley Tan, Pengarah Smart Resources Sdn Bhd (Smart) Mohd Khairuddin Saimon dan Panel Smart Sarawak Datuk Syamsul Azam Mohamad.

Selain Tanjung Manis dan Stapang, kawasan lain yang dikenal pasti akan dibangunka­n dengan stesen minyak mini itu ialah Julau, Meradong, Belawai, Pusa, Nyabor, Jalan Sungai Maaw, Dalat, Matu, Kampung Oya, Daro, Sadong Jaya, FGV Samarahan (Asajaya), Kampung Bunan (Serian), Sungai Asap, Simpang Sundar, Sundar, Beladin dan Song.

Stesen minyak mini Smart di Tanjung Manis dan Stapang dijangka siap menjelang akhir tahun ini dan pembinaan seterusnya akan dilaksanak­an di Pusa.

Di Semenanjun­g, stesen mini Smart sudah dibuka di Zon Baja Kuala Lipis, FELDA Sungai Panching Selatan (Kuantan), Kampung Baru Salong, FELCRA Sri Makmur dan FELCRA Gugusan Pahang Tenggara (Pekan), FELDA Mayam (Bera) serta FELDA Jenderak Utara (Kuala Krau).

 ??  ?? STESEN minyak Smart dijangka siap akhir tahun ini di Tanjung Manis dan Stapang.
STESEN minyak Smart dijangka siap akhir tahun ini di Tanjung Manis dan Stapang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia