Harian Metro

RUNTUNAN HATI CILIK

> "Di sekolah tadi (kelmarin), dia gembira meraikan hari jadi saya, tetapi pada petang, dia pergi tinggalkan saya untuk selama-lamanya. Patutlah sebelum pulang, dia tenung wajah saya," kata Chung Siew Wen, 12, menangisi pemergian rakannya sejak tahun satu

- Muhamaad Razis Ismail dan Rohaida Omar am@hmetro.com.my

 Murid berbangsa Cina pilu hilang rakan baik maut nahas selepas rai hari jadi

Pada usia yang baru hendak menginjak remaja, Chung Siew Wen, 12, masih belum mengenal erti perpisahan yang sebenar-benarnya sehinggala­h rakan baiknya meninggal dunia akibat kemalangan, kelmarin.

Nur Alia Nisrina Mohd Azamin, 12, maut bersama adiknya, Muhamad Azam Tamim berusia enam bulan selepas kereta Perodua Kancil dinaiki bersama ibu mereka terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Machang dekat Kampung Keroh, di sini, jam 6.30 petang.

Kehilangan itu mendatangk­an kesan mendalam buat Chung, apatah lagi mereka sudah berkawan baik sejak bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Yuk Chai, di sini, sejak tahun satu.

Pada pagi sebelum kejadian, mereka juga sempat meraikan hari lahir Chung bersama rakan sekelas yang lain.

Tradisi menyambut hari lahir di sekolah itu sudah menjadi amalan, malah Nur Alia Nisrina turut meraikan hari jadinya bersama rakan sekelas pada Ahad lalu.

Chung yang ditemui di unit kecemasan Hospital Kuala Krai (HKK) bersama ibunya, malam kelmarin mengakui terkejut dan terlalu sedih dengan kehilangan Nur Alia Nisrina.

“Di sekolah tadi (kelmarin), dia gembira meraikan hari jadi saya. Kami melakukan semua perkara bersama-sama tetapi pada petang, dia pergi tinggalkan saya untuk selama-lamanya.

“Patutlah sebelum pulang, dia tenung lama wajah saya dan kawan baik kami yang lain. Lepas itu dia hanya senyum dan tidak berkata apa-apa.

“Saya tidak sangka kehilangan dia. Alia kelihatan sangat gembira ketika meraikan hari jadi saya tadi, tetapi sekarang kami berduka kerana kehilangan­nya,” katanya.

Menurutnya, hari jadi Nur Alia Nisrina pada Jumaat lalu, namun majlis sambutanny­a diadakan di sekolah pada Ahad.

“Alia seorang yang pemalu tetapi sejak sambutan hari lahirnya Ahad lalu, dia lebih periang,” katanya.

Dalam kemalangan itu, ibu Nur Alia Nisrina, Siti Hajarul Aswat Mat Kar, 35, kritikal dan masih dirawat di unit rawatan rapi HKK.

Bapa Nur Alia Nisrina, Mohd Azamin Setapa, 39, berkata, jenazah kedua-dua anak kesayangan­nya dikebumika­n di kampung halaman isterinya di Banggol Kemunting, Tanah Merah, selepas Zuhur, semalam.

Ketika ditemui di Unit Kecemasan HKK, malam kelmarin, anggota TUDM yang bertugas di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu itu kelihatan sugul dan terlalu sedih.

Katanya, dia menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumka­n isteri dan anaknya kemalangan lantas bergegas ke HKK.

“Sebaik menerima panggilan, saya terus ke sini (HKK),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada jam 6.47 petang, sebelum seorang pegawai bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kami dapati seorang mangsa tersepit di dalam kereta Kancil. Bomba berjaya keluarkan mangsa terbabit sebelum dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superinten­dan Abdullah Roning pula berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Gua Musang hilang kawalan dan merempuh kereta Perodua Kancil dinaiki tiga mangsa.

“Seorang mangsa kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, adiknya bayi usia enam bulan meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan HKK manakala ibu mereka parah di bahagian kepala,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kereta yang remuk selepas tiga beranak terbabit kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang.
KEADAAN kereta yang remuk selepas tiga beranak terbabit kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang.
 ??  ?? MOHD Azamin ditenangka­n keluarga di pekarangan Hospital Kuala Krai.
Patutlah sebelum pulang, dia tenung lama wajah saya dan kawan baik kami yang lain. Lepas itu dia hanya senyum dan tidak berkata apa-apa”
Chung
MOHD Azamin ditenangka­n keluarga di pekarangan Hospital Kuala Krai. Patutlah sebelum pulang, dia tenung lama wajah saya dan kawan baik kami yang lain. Lepas itu dia hanya senyum dan tidak berkata apa-apa” Chung
 ??  ?? GAMBAR kenangan Nur Alia bersama ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahiran, Ahad lalu.
GAMBAR kenangan Nur Alia bersama ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahiran, Ahad lalu.
 ??  ?? BAYI berusia enam bulan meninggal dunia ketika dirawat.
BAYI berusia enam bulan meninggal dunia ketika dirawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia