Harian Metro

PENCEROBOH HIMPIT EMPANGAN BEKOK

- Mohamad Fahd Rahmat Fahd@hmetro.com.my

 Peneroka haram tanam sawit di kawasan Empangan Bekok makin menjadi-jadi

Selepas empangan ini dibina pada 1980-an kerajaan sudah memberi pampasan kepada pemilik tanah berkenaan namun ada pemilik bersikap tamak apabila terus mengusahak­an tanaman kelapa sawit di tanah asal mereka”

Ali

Isu penceroboh­an haram Empangan Bekok dan tanah rezabnya, di sini, terutama membabitka­n kegiatan penanaman kelapa sawit bukan isu baru dan pernah dilaporkan media massa beberapa tahun lalu.

Malangnya, langkah penguatkua­saan termasuk menangkap pesalah hanya bersifat sementara dan apabila isu berkenaan reda, pengusaha haram mula menceroboh kawasan itu semula.Kini, kawasan tadahan air berkenaan kembali menjadi mangsa kerakusan manusia yang mementingk­an diri sendiri walaupun mengetahui impak kegiatan penanaman kelapa sawit boleh menjejaska­n kualiti air hingga menyebabka­n masalah bekalan kepada lebih 600,000 penduduk di daerah ini akibat penggunaan baja kimia pada tanaman masing-masing.

Malah tinjauan di empangan berkenaan mendapati, papan tanda amaran larangan memasuki empangan tidak diendahkan pengunjung dan mereka bebas keluar masuk.

Situasi itu diburukkan dengan pintu pagar yang rosak, selain tiada anggota penguat kuasa yang memantau aktiviti di kawasan empangan berkenaan yang difahamkan membekalka­n bekalan air mentah kepada kira-kira 600,000 penduduk di daerah ini.

Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Ali, 1970-an berkata, penceroboh kawasan rezab empangan berkenaan biasanya melakukan tanaman kelapa sawit dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakang­an ini.

“Selepas empangan ini dibina pada 1980-an kerajaan sudah memberi pampasan kepada pemilik tanah berkenaan namun ada pemilik bersikap tamak apabila terus mengusahak­an tanaman kelapa sawit di tanah asal mereka.

“Kegiatan menanam kelapa sawit ini semakin menjadi-jadi apabila orang persendiri­an dari luar meneroka secara haram tanah rezab di empangan ini kerana tiada sebarang kawalan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Seorang pekerja empangan berkata, dia pernah menegur perbuatan menceroboh itu tetapi tidak diendahkan.

Menurutnya, apa yang dibimbangk­an kesan jangka panjang terhadap kualiti air di empangan berkenaan dan mencadangk­an kerajaan mewartakan empangan itu sama seperti Empangan Machap di Kluang.

“Saya mohon pihak berkuasa masuk campur dengan segera kerana kita tidak tahu kesan penggunaan baja kimia yang tidak terkawal boleh menyebabka­n air tercemar dan memudaratk­an pengguna.

“Saya juga memohon supaya aktiviti diharamkan di kawasan ini termasuk aktiviti nelayan darat yang berlesen kerana ketika ini, sesiapa saja boleh masuk ke kawasan ini dan mendakwa sebagai nelayan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LALUAN kawasan Empangan Bekok yang diceroboh.
LALUAN kawasan Empangan Bekok yang diceroboh.
 ??  ?? LORI memasuki kawasan Empangan Bekok, di Batu Pahat.
LORI memasuki kawasan Empangan Bekok, di Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia