Harian Metro

TALAK SATU TANPA IDAH

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Kontrovers­i rumah tangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa berakhir dengan lafaz cerai

“Saya sekeluarga memaafkann­ya dan saya bersyukur episod yang lama ini dapat diselesaik­an.

“Dengan terjadinya perceraian ini, ia menamatkan episod yang sangat panjang hingga mendapat publisiti meluas bukan sehari, tetapi berbulan,” kata penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun.

Kisah perbalahan dan kontrovers­i rumah tangga membabitka­n Hafiz, 33, dan usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin, 30, atau Joy Revfa, berakhir selepas kedua-duanya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, petang semalam.

Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy Revfa di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, jam 4.10 petang, semalam.

Hafiz selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketika prosiding semalam, Shukran mensabitka­n berlaku perceraian dengan talak satu Ba’in Sughra dan Joy Revfa diperintah­kan tidak perlu menjalani tempoh idah kerana pasangan terbabit tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.

“Mahkamah juga memerintah­kan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan selepas berlakunya perceraian ini,” katanya. Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Hafiz, Azmi Mohd Rais ketika ditemui di luar mahkamah berkata, tiada tuntutan dibuat Joy Revfa iaitu nafkah idah, mut’ah dan tunggakan nafkah isteri serta harta sepencaria­n.

“Plaintif (Hafiz) juga menghalalk­an separuh daripada mas kahwin kerana tiada hubungan kelamin,” katanya.

Dalam pada itu, Joy Revfa turut melahirkan rasa syukur dan menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

“Saya sangat bersyukur dan percaya ia adalah qada’ dan qadar Allah SWT, ini jalan terbaik untuk saya dan dia. Saya nak teruskan kehidupan saya dan anak serta perniagaan selepas ini.

“Pada masa terdekat juga saya akan ke Tanah Suci. Saya harap semua pihak tidak perlu ada kata negatif kerana ia sudah selesai,” katanya yang diwakili peguam syarie Aznor Suhaida Dolah.

Kontrovers­i bermula Ogos lalu selepas mereka didakwa tidak lagi tinggal sebumbung, selain berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Pasangan yang bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu turut didakwa tidak pernah dilihat bersama dalam sebarang majlis membabitka­n mereka.

Pada 12 Oktober lalu, Hafiz memfailkan permohonan cerai di mahkamah dan antara alasan yang diberikann­ya adalah tidak wujud persefaham­an, selain mendakwa Joy Revfa sering mengaibkan­nya di media sosial serta mendakwa wanita itu melawan dan mengingkar­i segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhka­n imej juga reputasiny­a.

 ??  ??
 ?? ROSLIN TAHIR ?? HAFIZ di luar Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari selepas lafaz talak cerai terhadap Joy. SITI Arifah hadir pada perbicaraa­n kes cerai dengan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
ROSLIN TAHIR HAFIZ di luar Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari selepas lafaz talak cerai terhadap Joy. SITI Arifah hadir pada perbicaraa­n kes cerai dengan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia