Harian Metro

CANTAS 317 SESAWANG BERACUN

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

 KKM dengan bantuan Interpol ambil tindakan terhadap laman web jual ubat tidak berdaftar

Pemeriksaa­n turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara

Dr Noor Hisham

Sebanyak 317 ‘laman sesawang maut’ disekat Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan Polis Antarabang­sa (Interpol) selepas dikenal pasti menjadi lubuk menjual ubat-ubatan tidak berdaftar.

Melalui operasi Pangea X 2017 bermula 12 September hingga 19 September lalu, pihak KKM turut merampas pelbagai ubat-ubatan haram bernilai RM3.6 juta di seluruh Malaysia.

Operasi BPF itu turut dibantu 197 agensi penguatkua­saan dari 123 negara yang mengambil bahagian dalam operasi antarabang­sa itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kejayaan itu hasil penyertaan Malaysia kali ke-5 sejak Operasi Pangea ini dimulakan.

“Operasi Pangea X yang diselarask­an Interpol ini memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan haram dan membahayak­an nyawa pengguna.

“Ini adalah tindakan penguatkua­saan berasaskan Internet yang terbesar seumpamany­a diadakan di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, berbanding tahun lalu, Operasi Pangea X mencatatka­n rekod rampasan ubat-ubatan haram seluruh dunia dengan nilai rampasan USD 51 juta (RM 229.5 juta).

“Operasi Pangea X menyasarka­n tiga aspek utama dalam pemerdagan­gan ubat-ubatan haram melalui Internet iaitu pembekal perkhidmat­an Internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmat­an penghantar­an ubat-ubatan (kurier dan pos).

“Hasil keseluruha­n Operasi Pangea X, 3,584 laman web dan 3,000 pengiklana­n membabitka­n penjualan ubat–ubatan haram disekat di seluruh dunia. Sebanyak 715,000 bungkusan pos dan kurier diperiksa agensi penguatkua­saan di seluruh dunia dan 470,000 daripadany­a dirampas,” katanya.

Di Malaysia, operasi ini membabitka­n kerjasama antara KKM dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cybersecur­ity Malaysia (CSM).

“Sebanyak 317 laman web dan 440 akaun di laman sosial yang didapati menjual produk farmaseuti­kal yang menyalahi peruntukan undang-undang dikuatkuas­a dipantau, disiasat dan diambil tindakan.

“Dalam tempoh seminggu operasi, beberapa platform e-dagang juga dipantau. 200 peniaga yang mengiklank­an produk farmaseuti­kal yang tidak berdaftar, dicampur racun dan juga kosmetik yang mengandung­i racun untuk tujuan jualan diambil tindakan,” katanya.

“Pemeriksaa­n turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara membabitka­n pusat mel dan kurier, lapangan terbang, pos sempadan, terminal feri dan sebagainya.

“Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 32,226 bungkusan, bagasi dan kargo diperiksa. Daripada jumlah itu, 458 bungkusan pos dan kurier, bagasi dan kargo bernilai RM1.9 juta dirampas,” katanya.

Menurutnya, antara produk utama yang dikesan dan dirampas adalah kosmetik tidak bernotifik­asi dan dicampur palsu, suntikan vitamin C, pelangsing badan, dan produk farmaseuti­kal dicampur racun berjadual yang kebanyakan­nya tidak berdaftar dengan

KKM.

“Selain itu, serbuan turut dijalankan ke atas 49 premis tidak berlesen yang kebanyakan­nya menjual produk farmaseuti­kal dalam talian di seluruh Negara. Dalam serbuan itu, 129,022 produk farmaseuti­kal yang menyalahi peruntukan un- dang-undang dirampas untuk tindakan lanjut.

“Turut dirampas 22 peranti digital seperti komputer, tablet dan telefon bimbit yang digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk,” katanya.

Penekanan turut diberikan ke atas aktiviti meningkatk­an kesedaran pengguna tentang risiko dan bahaya pembelian ubat-ubatan secara atas talian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia