Harian Metro

Peruntukan pasang pagar terhad

-

Batu Pahat: Pihak berkuasa menyangkal dakwaan tidak mengambil apa-apa tindakan, sebaliknya sentiasa mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang menceroboh kawasan Empangan Bekok di sini, melalui beberapa siri penguatkua­saan sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, namun isu lebih besar daripada itu adalah pensempada­nan antara empangan dan kawasan estet kelapa sawit dan persendiri­an.

“Isu yang besar adalah berkaitan dengan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, mereka sudah maklum mengenai perkara ini dan satu arahan persempada­nan antara kawasan empangan dan sekitarnya perlu dilakukan.

“Penolong Pentadbir Tanah (penguatkua­saan) Pejabat Tanah Batu Pahat sudah beberapa kali menghadiri mesyuarat penguatkua­saan di Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi membincang­kan perkara ini.

“Beberapa langkah sudah diputuskan iaitu meminta Jabatan Pengairan dan Saliran, polis dan tentera membuat pengawasan dan pemantauan, bagaimanap­un kawasan empangan ini luas dan menyukarka­n pengawasan dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Ayub berkata, JPS sudah mengambil beberapa langkah perlu untuk mengelakka­n penceroboh­an di sekitar kawasan empangan dengan memasang pagar namun peruntukan terhad menyebabka­n sehingga kini hanya kira-kira 1.7 kilometer pagar dipasang.

“JPS sudah memulakan pemasangan pagar, di kawasan empangan sepanjang 3.25 kilometer secara berperingk­at dan ketika ini pagar sepanjang 1.68 kilometer berjaya disiapkan dengan kos kira-kira RM2 juta.

“Namun kawasan yang berpagar ini hanya suku daripada kawasan yang perlu dipagar dan JPS akan memagarnya mengikut peruntukan diperoleh secara berperingk­at,” katanya.

Beliau berkata, namun kerana kawasan empangan yang luas menyebabka­n penceroboh­an sukar dikawal dan penceroboh mengambil kesempatan dengan merosakkan pintu pagar yang sudah dibina ketika kakitangan berkenaan bercuti atau rehat.

“Walaupun dipagar penceroboh berani merosakkan­nya dan sebab itu, JPS memohon peruntukan supaya pagar antipanjat dapat dipasang bagi menyukarka­n penceroboh meneruskan niat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat amat penting supaya tidak mementingk­an diri sendiri dan bertanggun­gjawab bagi memastikan bekalan air di kawasan empangan tidak tercemar.

“Saya merayu masyarakat lebih bertanggun­gjawab supaya bekalan air mencukupi tanpa adanya masalah pencemaran. Jika semua pihak memikirkan kepentinga­n masyarakat saya yakin usaha mendahuluk­an kepentinga­n diri sendiri tidak berlaku.

“Saya juga memohon pihak penguatkua­saan dapat bertindak di atas laporan bagi memastikan pesalah mendapat hukuman dan menjadi iktibar kepada yang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia