Harian Metro

MABUK DARAH

RAKAN SEKERJA BUNUH ANAK, TETAK CUCU IBU BAYI SELAMATKAN DIRI LEMAS DI SUNGAI

- Norasikin Daineh, Fardy Bungga dan Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

> Seorang lelaki memendam rasa masalah di tempat kerja mengamuk dengan menetak anak lelaki rakan sendiri hingga maut manakala cucu perempuann­ya parah. Ibu kepada bayi berkenaan yang kalut menyelamat­kan diri dalam serangan itu ditemui lemas di sungai.

“Saya seperti hilang akal. Tidak tahu kenapa ini harus terjadi kepada keluarga saya. Mereka tidak bersalah,” kata Sabado, 45, selepas kehilangan dua ahli keluarga dalam kejadian serang dan tetak oleh rakan sekerjanya di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, anak lelakinya, Juvinrey, 15, meninggal dunia selepas ditetak dengan parang oleh lelaki berusia 66 tahun itu.

Suspek turut menetak cucu saudara Sabado, Cherin, 3, sehingga parah di bahagian perut dan kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Ketika itu, ibu kanak-kanak perempuan terbabit, Hanave Ingue, 23, dilaporkan hilang daripada rumah dan sekali lagi semalam Sabado tergamam apabila mayat anak saudaranya itu dijumpai lemas di sungai di kampung itu.

Difahamkan, Hanave yang hamil empat bulan terjun ke sungai berkenaan dalam usaha menyelamat­kan diri daripada diserang suspek.

Sabado yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, dia sukar untuk menjelaska­n bagaimana perkara itu berlaku.

Katanya, hidup keluargany­a kini dalam ketakutan dan seakan-akan hilang arah.

“Sukar saya jelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya ketika ditemui pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebeth 1 (HQE 1), semalam.

Semua kejadian ini bermula apabila rakan sekerja itu tidak puas hati dengan Sabado yang dikatakan menjadi punca dia hilang kerja.

“Saya melarikan diri selepas menyedari dia mencari saya di kampung berkenaan, tetapi saya tidak sangka dia akan ke rumah saya dan menetak anak lelaki dan cucu saudara saya. Ini hanya salah faham antara saya dan dia, saya tidak sangka berlarutan hingga ke rumah,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, suspek yang bersenjata­kan parang meluru ke rumah yang dihuni tiga keluarga itu dan menetak dua mangsa sementara penghuni lain sempat melarikan diri.

Selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri namun dihalang orang ramai yang turut membelasah­nya sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan suspek di tepi jalan di kampung berkenaan.

Bagaimanap­un, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saya tidak sangka dia akan ke rumah saya dan menetak anak dan cucu saudara saya. Ini hanya salah faham antara saya dan dia, saya tidak sangka berlarutan hingga ke rumah”

Sabado

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK ditemui berlumuran darah bersama parang yang digunakan untuk menetak mangsa. MAYAT Juvinrey berlumuran darah akibat ditetak. MAYAT Hanave ditemui lemas di sungai di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran.
SUSPEK ditemui berlumuran darah bersama parang yang digunakan untuk menetak mangsa. MAYAT Juvinrey berlumuran darah akibat ditetak. MAYAT Hanave ditemui lemas di sungai di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia