Harian Metro

Jumpa bayi bertali pusat dalam gerai

-

Pontian: Sepasang suami isteri warga emas terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di bawah gerai sarapan milik mereka yang terletak hampir lima meter dari rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian, Johor, jam 6.30 pagi semalam.

Peniaga, Tarikon Paimon, 65, berkata ketika kejadian dia bersama isteri, Saijah Samin, 52, pergi ke gerai mereka di tepi jalan utama Kampung Parit Selangor dan terdengar tangisan bayi.

“Kami terkejut dan mencari punca tangisan itu sebelum bunyinya semakin kuat apabila menghampir­i gerai sarapan kami. Apabila melihat di bawah gerai, saya melihat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditinggalk­an di atas simen dengan baju dan seluar orang dewasa serta ditutupi kain putih.

“Tiada sebarang nota atau beg ditinggalk­an bersama bayi itu, sebelum saya meminta bantuan jiran yang juga bidan untuk membersihk­an bayi berkenaan. Saya terus menghubung­i balai polis Pontian sebelum anggota polis datang untuk menjalanka­n siasatan manakala pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tiba di rumah membawa bayi itu ke Hospital Pontian untuk pemeriksaa­n,” katanya.

Pesara guru itu berkata, ketika ditemui tali pusat bayi itu masih belum tertanggal dan badannya dalam keadaan bersih kecuali mukanya berpasir mungkin disebabkan diletak di atas simen.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat memberkas ibu bapa bayi itu sampai hati mereka meninggalk­an bayi di atas lantai tanpa memikirkan keselamata­nnya.

“Bayi itu bukan saja kesejukan malah berdepan risiko digigit haiwan liar. Sejak malam semalam hinggalah selepas Subuh, kami tidak mendengar apa-apa bunyi pelik hinggalah ketika dalam perjalanan ke gerai,” katanya.

 ??  ?? TARIKON menunjukka­n lokasi bayi ditemui pagi semalam.
TARIKON menunjukka­n lokasi bayi ditemui pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia