Harian Metro

1 wanita 6 nama

Polis tahan 3 dalang sindiket tawar pelacur Vietnam melalui WeChat

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Menawarkan khidmat pelacuran dengan bayaran antara RM160 hingga RM200 menerusi aplikasi WeChat dan hanya menetap di satu lokasi dalam masa dua minggu antara modus operandi dalang yang menawarkan khidmat seks kepada lelaki hidung belang.

Tiga lelaki berusia 19 hingga 38 tahun yang mendalangi kegiatan itu turut dikesan memperdaya­kan seorang wanita Vietnam berusia 18 tahun dengan menjadikan­nya pelacur untuk mempromosi­kan perkhidmat­an berkenaan menggunaka­n enam nama di aplikasi WeChat.

Bagaimanap­un, aktiviti kumpulan berkenaan terbongkar selepas ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di hotel bandar raya ini jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, siasatan mendapati kumpulan berkenaan bergerak dari satu lokasi ke lokasi menggunaka­n van. Mereka akan berada di satu tempat dalam tempoh antara satu hingga dua minggu bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.

“Selain Terengganu, kumpulan sama sudah berada di beberapa negeri lain seperti Kedah dan Kuala Lumpur dengan menggunaka­n modus operandi sama untuk mencari pelanggan.

“Hasil siasatan, wanita terbabit memaklumka­n dia dipaksa melakukan kerja berkenaan dan menerima wang separuh daripada bayaran yang diterima daripada pelanggan.

“Dalam serbuan itu, turut dirampas kondom, wang tunai RM380, telefon bimbit, buku nota dan van yang dipercayai digunakan sebagai pengangkut­an untuk mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain,” katanya di IPK Terengganu, semalam.

 ??  ?? FAZLISYAM menunjukka­n contoh aplikasi WeChat yang digunakan dalang pelacuran.
FAZLISYAM menunjukka­n contoh aplikasi WeChat yang digunakan dalang pelacuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia