Harian Metro

Rindu teramat anak syurga

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Bapa trauma hilang 2 zuriat dalam nahas luah emosi terbuka

Sedangkan mata yang melihat pun tidak sanggup menahan kesedihan, inikan pula orang yang menanggung­nya.

Bebanan yang dipikul Mohd Azamin Setapa, 37, akibat kehilangan dua anak kesayangan­nya terlalu berat hingga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu kerap merintih kerinduan sejak tragedi itu berlaku.

Dua anak syurganya, Nur Alia Nisrina, 12, dan Muhamad Azam Tamim berusia enam bulan meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang dekat Kampung Keroh, Kuala Krai, Selasa lalu.

Ketika kejadian, dua beradik itu bersama ibu mereka, Siti Hajarul Aswat Mat Kar, 35, menaiki kereta Perodua Kancil sebelum kenderaan mereka dirempuh pacuan empat roda dipandu remaja 18 tahun.

Siti Hajarul Aswat yang juga jururawat desa pula dilapor masih kritikal dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Kakaknya, Siti Khapipah, 52, Mohd Azamin meluahkan semua tekanan emosi bersama linangan air mata, sehinggala­h dia terlelap di atas riba, malam kelmarin.

Siti Khapipah berkata, adik bongsunya itu masih trauma dengan apa yang berlaku dan sukar menerima kehilangan kedua-dua anak kesayangan­nya, apatah lagi isteri pula masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKK.

“Antara enam adik-beradik, dia paling rapat dengan saya dan apa yang dilalui sedikit sebanyak turut saya rasai. Disebabkan terlalu terkejut dengan kehilangan ini, dia menangis dan meluahkan semuanya kepada saya malam tadi (kelmarin).

“Dia beritahu sangat rindukan anaknya terutama anak bongsu lelaki yang sememangny­a dinantikan mereka selama 12 tahun. Selepas kelahiran Nur Alia, adik dan isterinya sangat berharap dikurniaka­n anak lelaki.

“Dan penantian mereka berakhir apabila dikurniaka­n Muhamad Azam, namun malangnya, arwah hanya pinjaman untuk mereka selama enam bulan saja.

“Mohd Azamin sedih dan di riba sayalah dia meluahkan kerinduan itu sehingga terlelap. Saya hanya mampu menyuruhny­a bersabar kerana ini dugaan Allah SWT buatnya dan anaknya menunggu di syurga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Kemunting, semalam.

Menurutnya, Mohd Azamin sekeluarga tinggal di perumahan Klinik Desa Keroh, Kuala Krai dan kerap pulang ke kampung itu.

“Perubahan ketara pada dua anak saudara dan ibu mereka apabila mereka kelihatan sangat ceria. Ketika pulang untuk kenduri kahwin saudara minggu lalu, Siti Hajarul Aswat memakai baju pengantin berwarna jingga.

“Dia juga membuat kek sempena perkahwina­n itu dan kami sama-sama memasak. Dugaan ini sangat besar untuk ditanggung adik. Namun kami perlu reda,” katanya.

Manakala ibu Mohd Azamin, Siti Hajarah Mat Jusoh, 79, berharap menantunya cepat sedar dan sembuh daripada kecederaan yang menyebabka­n kedua-dua kakinya patah, selain cedera pada bahu dan bahagian badan lain termasuk menerima beberapa jahitan di muka.

“Kami sekeluarga akan memberi sokongan kepada Mohd Azamin yang kehilangan dua anak dan berharap isterinya akan sembuh seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azamin ketika dihubungi memaklumka­n isterinya akan menjalani pembedahan di kedua-dua kaki kerana patah.

“Saya minta maaf saya masih terganggu dengan kejadian ini. Saya juga perlu ke hospital untuk selesaikan beberapa perkara,” katanya yang memberitah­u mendapatka­n bantuan pakar psikologi untuk memulihkan semangatny­a yang hilang akibat kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan kisah dua beradik itu yang maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Jalan Kuala Krai-Machang dekat Kampung Keroh, Kuala Krai, 6.30 petang, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda dipandu remaja 18 tahun dari arah Gua Musang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an sebelum merempuh kereta Perodua Kancil dipandu ibu mangsa.

 ?? Siti Khapipah
FOTO: MUHD FARIS ZAINULDIN ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam. Disebabkan terlalu terkejut dengan kehilangan ini, dia menangis dan meluahkan semuanya kepada saya malam tadi (kelmarin” SITI Khapipah (kiri) dan Siti Hajarah menunjukka­n gambar kenangan Muhamad Azam yang...
Siti Khapipah FOTO: MUHD FARIS ZAINULDIN LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam. Disebabkan terlalu terkejut dengan kehilangan ini, dia menangis dan meluahkan semuanya kepada saya malam tadi (kelmarin” SITI Khapipah (kiri) dan Siti Hajarah menunjukka­n gambar kenangan Muhamad Azam yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia