Harian Metro

Syarikat bas usah pilih pemandu ‘tangkap muat’

-

Tasek Gelugor: Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) menasihatk­an pengusaha syarikat bas supaya tidak ‘tangkap muat’ ketika mengambil pemandu sebaliknya membuat beberapa tapisan terlebih dulu.

Timbalan Pengarah JKJR negeri, Roziah Aziz berkata, tapisan itu perlu bagi memastikan mereka yang berkelayak­an saja terpilih selain memiliki rekod memandu yang baik dan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Pengusaha bas perlu memastikan supaya pemandu yang diambil bukan saja berkelayak­an, tetapi mempunyai lesen serta rekod yang bersih.

“Soal ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya penting kerana kerjaya mereka membabitka­n nyawa serta keselamata­n penumpang di dalam bas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan membabitka­n dua bas kilang hingga mengorbank­an lapan nyawa di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampira­n Plaza Tol Juru, di sini, Selasa lalu.

Roziah berkata, pihaknya memandang serius kemalangan yang berlaku membabitka­n bas dan mahu pemilihan pemandu dilakukan dengan lebih serius dan teliti.

“Kita minta pengusaha bas dapat membuat tapisan dan memilih individu yang bertanggun­gjawab serta diberi orientasi sewajarnya dari pihak majikan supaya mematuhi peraturan ketika memandu di jalan raya.

“Tolonglah jangan tangkap muat saja kerana ia membabitka­n nyawa,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi Selasa lalu, seorang pekerja wanita warga tempatan dan tujuh warga Indonesia maut berikutan bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Insiden itu juga mengakibat­kan seramai 44 lagi pekerja turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di beberapa hospital di sekitar negeri ini.

Dalam perkembang­an lain, tujuh jenazah warga Indonesia berusia antara 18 dan 23 tahun dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), malam kelmarin untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing bagi tujuan pengebumia­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia