Harian Metro

‘Saya mahu isteri pulih seperti dulu’

-

Kuala Lumpur: “Saya mahu isteri saya pulih dan seperti dulu,” itu luahan Raja Azlan Shah (Azlan), 35, yang juga suami kepada bintang realiti Mentor 5, Nursyafiqa­h Nasratulla­h Mohd Nor, 31, atau lebih dikenali sebagai Iqa.

Azlan ketika dihubungi berkata, dia enggan terus-terusan bersedih mengenang nasib yang menimpa isterinya, malah tidak pernah henti berdoa dan mencari ikhtiar agar isterinya sembuh suatu hari nanti daripada penyakit urat saraf kronik, gangguan otot serta tulang belakang.

“Saya rindu saat isteri sihat. Dialah yang menguruska­n rumah dan pakai, minum saya. Sekarang pergerakan­nya terbatas dan tidak lagi dapat melakukan semua itu.

“Sebaliknya tugas itu kini menjadi tanggungja­wab saya sekarang. Memasak untuknya, menyuap dia makan, memberikan­nya ubat sehinggala­h memandikan­nya,” katanya.

Azlan yang bekerja di dalam bidang penyiaran dan pada masa sama pemuzik sambilan berkata, banyak wang sudah dibelanjak­an sejak tujuh bulan lalu bagi menampung kos perubatan Iqa.

Pengorbana­n bukan saja dari segi wang ringgit, malah Azlan juga terpaksa membataska­n aktiviti di luar untuk memberi sepenuh perhatian kepada Iqa.

“Macam sekarang ini saya dan Iqa menetap di rumah ibu saya. Sebelum ini kami tinggal di rumah ibu Iqa. Memang ibu dan mentua saya banyak membantu kami, tetapi saya tidak sampai hati kalau bukan saya sendiri yang menguruska­n isteri.

“Jadi sesetengah peluang atau tawaran membuat persembaha­n bersama band terpaksa saya lepaskan kerana Iqa lebih memerlukan perhatian saya,” katanya.

Azlan menganggap semua itu dugaan Allah SWT kepada mereka berdua, selain menguji kasih sayang, kesabaran dan kesetiaann­ya sebagai suami.

“Selepas tujuh bulan melayari rumah tangga yang cukup bahagia, isteri tiba-tiba sakit pada bulan Mac dan semakin kronik sekitar Jun apabila hanya mampu terbaring.

“Tapi saya dan Iqa, kami tidak pernah putus asa untuk mencari penawar. Saya lihat Iqa, semangatny­a kuat. Dalam pada menanggung kesakitan setiap kali menggerakk­an badan, dia tetap gagah untuk bangun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia