Harian Metro

Gadis kawan lelaki pinjam along hilang

-

Seremban: “Apa pun terjadi pada Chia, emak reda, yang penting kamu pulang ke pangkuan keluarga,” kata Intan Norshima Ahmad Hilaluddin, 33, ibu kepada Aisyah Nisa Dhabitah Mohamad Sukri Othman, 15, yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bersama rakannya, 19 Oktober lalu.

Intan Norshima berkata, anak sulung daripada lima beradik yang mesra dengan panggilan Chia itu sebelum ini memberitah­unya mahu ke Cameron Highland, Pahang bersama rakan.

“Pada mulanya dia merancang untuk bertolak pada 18 Oktober namun disebabkan kereta rakannya penuh, dia bergerak keesokan hari pada jam 11.50 malam.

“Namun saya difahamkan semua rakan lain sudah pulang pada Sabtu lalu. Apa yang mengecewak­an adalah mesej saya hantar menerusi WhatsApp tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab.

“Sejak Ahad lalu, panggilan telefonnya gagal dihubungi dan saya risau keselamata­nnya. Ini kerana dia berkawan dengan seorang lelaki disyaki meminjam dengan along.

“Saya risau anak saya digunakan untuk tujuan tertentu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Seroja, Taman Tasik Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Senawang, di sini, Isnin lalu.

“Apa yang saya harapkan tiada kejadian buruk berlaku terhadap Chia dan memohon sesiapa melihatnya segera memaklumka­n kepada polis,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia