Harian Metro

Vida, Iqbal tiada hubungan istimewa

-

Sepang: Selepas ‘dilaga-lagakan’ di media sosial dan portal berita, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, mengesahka­n beliau tiada apa-apa hubungan istimewa dengan pembantu peribadiny­a, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, malah, perkara sama turut diakui lelaki itu.

Pengakuan itu dibuat Vida dan Iqbal selepas ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), sejurus menghantar 15 pelajar dan tiga guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

Vida berkata, beliau akui reputasi dan emosi anaknya terganggu dengan penyebaran kisah cinta palsu antara beliau serta pembantu peribadiny­a itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, beliau juga memohon maaf di atas ‘kekecohan’ yang berlaku itu dan ia tercetus disebabkan sikapnya yang berdiam diri mengenai hal berkenaan.

“Saya harus hentikan perkara ini dan saya ingin jelaskan bahawa saya tiada sebarang hubungan dengan Iqbal.

“Malah, saya juga sudah tukarkan Iqbal ke jabatan lain dan buat marketing (pemasaran) so (jadi), dia tidak perlu lagi menjadi PA saya lagi. Sebenarnya, saya ada empat orang pembantu yang menjaga pelbagai bahagian dan bahagian Iqbal ini saya kosongkan dan hantar dia ke pemasaran,” katanya.

Sementara itu, Iqbal berkata, dia akui tidak memberi penjelasan secara tepat mengenai perkara itu sehingga wujud pelbagai cerita.

Menurutnya, dia pula ketika itu tidak boleh memberikan jawapan sebenar memandangk­an majikannya itu sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Pelbagai berita tersebar termasuk kononnya ibu saya, Maznuni Che Yusof, 49, merestui hubungan itu sedangkan ibu saya hanya menjawab jodoh itu ketentuan Allah.

“Soal jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita berusaha yang terbaik dan saya tidak kata saya miliki dia dan saya juga tidak kata dia jodoh saya jadi saya berserah pada takdir,” katanya.

Katanya, dia sebenarnya tidak tertekan dengan isu berkenaan cuma marah apabila ada yang mengatakan Datuk Seri Vida mahukan lelaki yang muda dan seorang yang gatal.

“Benda (kenyataan) itu sangat sensitif, salahkah dia ingin bahagia dan dia sangat cantik bukan tak (tidak) cantik, masih awet muda dan dia berusaha untuk mengeluark­an produk terbaik.

“Saya meminta semua pihak menghentik­an kecaman kepadanya. Saya pula macam terganggu dalam segi kerja, keluarga Datuk Seri Vida juga terganggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia