Harian Metro

Mate 10 Paling Unggul

-

 Telefon pintar flagship Huawei berkelajua­n tinggi temui peminat, Sabtu ini

piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9.

Jika mahu dibandingk­an saiznya, Mate 10 Pro mempunyai rekaan panjang 154.2mm dan lebar 74.5mm namun skrin ditawarkan dengan skrin 6 inci serta 18:9 manakala iPhone 8 Plus pula pada saiz panjang 158.4m dan lebar 78.1mm namun ia hanya berskrin 5.5 inci (16:9).

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperas­ikan tiga model Mate 10 ini sehinggaka­n telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesa­n, malah ia turut membabitka­n perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjema­h bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara atau

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambung­nya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan

CPU dan satu kabel sudah memadai menyambung­kan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil

Segala kerja boleh dipindahka­n dengan pantas bersama kelengkapa­n kerja seperti pembentang­an digital dan perkongsia­n fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunaka­n pada tengah pada laptop sendiri.

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomuni­kasi menawarkan Internet pantas.

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam jam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, Mate 10 mempunyai penambahba­ikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding Mate 9.

Bermakna, sekalipun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari.

Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselemata­n Jerman.

Dwilensa baru sememangny­a hebat. Terdapat bukaan dwi-apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar

yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaa­n rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej diproses dengan AI, ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret. Kemudian, akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Pengguna di Malaysia boleh menempah model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 dan telefon pintar Huawei terbaru ini akan mula dijual pada 28 Oktober ini manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia