Harian Metro

BERSIH PORT MAT GIAN

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

Melaka

Sekumpulan 19 penuntut Kolej Profesiona­l MARA (KPM) Bandar Melaka turun padang membantu agensi penguat kuasa membersihk­an sarang penagihan dadah menerusi program My Beautiful Malaysia di Kampung Bertam Ulu, Paya Rumput, di sini, kelmarin.

Program membersihk­an sarang penagih dadah itu turut disertai pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah, polis dan kontraktor pembersiha­n.

Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPM Bandar Melaka Nuralia Nabila Mazlan, 19, berkata, pembabitan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dalam program seumpama itu secara tidak langsung membuktika­n mahasiswa kini semakin sedar mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah.

“Belia khasnya penuntut IPT perlu diberikan lebih pendedahan mengenai kesan buruk penyalahgu­naan dadah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka.

“Sebagai pemimpin di peringkat universiti, kami mahu bersama-sama AADK dan agensi penguat kuasa lain banteras aktiviti tidak berfaedah ini.

“Kami mendapat banyak pengalaman baru menerusi program ini. Walaupun kawasan ini kotor, penagih tidak kisah, apa yang penting bagi mereka adalah dapat melepaskan gian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Melaka Tengah Lailiana Maon berkata, pihaknya sudah melaksanak­an program pembersiha­n sarang penagihan dadah berkenaan sebanyak enam kali pada tahun ini yang turut dibantu sukarelawa­n daripada pelbagai agensi dan IPT.

“Dalam serbuan terbaru pada September lalu, kami tahan 14 individu disyaki penagih, namun selepas pemantauan berterusan dijalankan, kami mendapati sarang penagihan ini tidak lagi menjadi tumpuan penagih.

“Sarang ini mampu tampung 20 penagih pada satu-satu masa selain lokasinya yang strategik menyebabka­n ada pengedar berani menjalanka­n aktiviti jual beli dadah,” katanya.

 19 penuntut KPM sertai penguat kuasa AADK bersih sarang penagih dadah

 ??  ?? Sarang ini mampu tampung 20 penagih selain lokasinya yang strategik menyebabka­n ada pengedar berani menjalanka­n aktiviti jual beli dadah”
Sarang ini mampu tampung 20 penagih selain lokasinya yang strategik menyebabka­n ada pengedar berani menjalanka­n aktiviti jual beli dadah”
 ?? Nuralia Nabila Mazlan ??
Nuralia Nabila Mazlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia