Harian Metro

Gagal seludup heroin ke Singapura

-

Johor Bahru: Seorang lelaki tempatan berdepan hukuman mati apabila ditahan bersama satu kilogram heroin di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands, Singapura, pagi semalam.

Ini adalah tangkapan kedua membabitka­n pengedar dadah rakyat Malaysia yang cuba menyeberan­g ke negara jiran dalam bulan ini dipercayai disebabkan pulangan lumayan walaupun berdepan hukuman mati.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam, suspek berusia 25 tahun dikatakan cuba menggunaka­n kesesakan lalu lintas dengan menyertai lebih 10,000 penunggang motosikal yang bekerja di republik berkenaan dan beratur untuk memasuki republik itu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaa­n Singapura (ICA) dalam laman web rasminya berkata, pegawai ICA menahan sebuah motosikal bernombor pendaftara­n Malaysia yang ditungang suspek seorang diri dan baru tiba di pintu masuk Woodlands untuk pemeriksaa­n.

Katanya, ketika pemeriksaa­n dilakukan, pegawai ICA dan Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) mengesan dua bungkusan disyaki bahan terlarang iaitu dadah berbahaya di bawah tempat duduk motosikal berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati dua bungkusan berkenaan disyaki mengandung­i sekilogram heroin dianggarka­n bernilai S$106,000 (RM329,783.89) dan suspek lelaki itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut CNB,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat mengikut Akta Penyalahgu­naan Dadah di Singapura yang memperuntu­kkan hukuman mati jika jumlah heroin melebihi 15 gram.

Katanya, 15 gram heroin adalah bersamaan dengan 1,250 penyedut (straw) mencukupi untuk dibekalkan kepada 180 penagih dadah dalam tempoh seminggu.

ICA berkata, sempadan republik itu adalah pertahanan pertama yang sentiasa dikawal dan pemeriksaa­n keselamata­n adalah demi keselamata­n rakyat mereka.

“Kita akan sentiasa membuat pemeriksaa­n terhadap kenderaan dan penumpang bagi mengelak sebarang kes jenayah termasuk penyeludup­an orang, dadah, senjata, bahan letupan dan rokok seludup,” katanya.

 ??  ?? ICA menemui dua bungkusan disyaki heroin pada sebuah motosikal di pintu masuk Woodlands.
ICA menemui dua bungkusan disyaki heroin pada sebuah motosikal di pintu masuk Woodlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia