Harian Metro

Isteri mengaku upah tembak

- Hahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

 Polis giat jejak dua lelaki

Isteri kepada mangsa tembak lelaki tidak dikenali yang menggunaka­n senapang patah di rumah kongsi di FELDA Keratong 2, Muadzam Shah kelmarin, dipercayai dalang utama kejadian itu.

Sumber berkata, polis menahan isteri mangsa berusia 30 tahun di FELDA itu selepas kejadian itu.

“Isteri mangsa mengaku menjadi dalang utama kejadian itu dan mengupah dua lelaki menembak suaminya,” katanya.

Sehingga kini, motif isteri mangsa yang juga berasal dari Indonesia berbuat demikian masih dalam siasatan.

Sumber itu berkata, siasatan mendapati selepas melakukan tindakan itu, isteri mangsa berpura-pura sedih kerana cuba menyembuny­ikan perbuatann­ya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor mengesahka­n penahanan isteri mangsa.

“Polis masih menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kami tidak boleh mendedahka­n apa-apa maklumat kerana bimbang menjejaska­n kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, polis menjalanka­n Op Tutup dan operasi memburu suspek giat dijalankan.

Katanya, isteri mangsa kini direman di Lokap Balai Polis Rompin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang pencuci kereta sempat menghubung­i adiknya meminta bantuan selepas cedera di muka dan kepala akibat ditembak lelaki tidak dikenali menggunaka­n selaras senapang patah di rumah kongsi di FELDA berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.10 malam, mangsa dikenali sebagai Zubir berusia 30 tahun meninggal dunia selepas 12 jam mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di negara ini sejak empat tahun lalu meninggal dunia pada jam 12 tengah hari kelmarin akibat kecederaan di muka dan kepala selepas dipercayai terkena dua das tembakan.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai berselisih faham dengan isterinya dan pernah menyatakan hasrat menceraika­n wanita itu selain bercadang pulang ke Aceh, Indonesia, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia