Harian Metro

Neelofa tak terkesan dikritik peminat

-

Petaling Jaya: Pelakon dan pengacara, Neelofa, 28, tidak terkesan dengan komen-komen segelintir netizen di laman sosial yang mengkritik lakonannya dalam drama bersiri Red Velvet.

Drama 20 episod yang menggandin­gkan Neelofa dengan Alif Satar itu disiarkan di Astro Ria sejak Isnin lalu, jam 10 malam.

Selepas tiga episod ditayangka­n, netizen mula memberikan komen negatif di laman Twitter dengan mengatakan gandingan Neelofa dan Alif tidak sesuai.

Ada yang mengatakan lakonan Neelofa kaku dan terlalu banyak ‘kontrol’. Pun begitu, mereka memuji lakonan Alif sangat bagus.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, drama itu baru saja ditayangka­n dan dia berharap peminat terus menontonny­a sehingga habis sebelum memberi kritikan.

“Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangka­n dan masih ada banyak episod lagi. Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja,” katanya.

Apa pun, Neelofa yang pernah digandingk­an dengan Fattah Amin dalam Suri Hati Mr Pilot akui komen negatif yang diberikan sedikit pun tidak memberi kesan dalam hidupnya.

“Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu, tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita,” katanya.

Drama arahan Hadith Omar ini adalah adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Acik Lana. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

 ??  ?? NEELOFA
NEELOFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia