Harian Metro

Inspirasi kebebasan

-

 Toyota ketengah modul mobiliti untuk semua

Semua kereta penumpang di Jepun dan Amerika Syarikat bakal dilengkapi modul komunikasi data dan sambungan ke Platform Perkhidmat­an Mobiliti yang tersedia dalam Cloud menjelang 2020.

Sistem pemanduan automatik iaitu antara fokus utama Toyota Motor Corporatio­n (TMC) turut menjadi keutamaan pembanguna­n teknologi oleh syarikat pengeluar gergasi kenderaan Jepun itu dalam usaha merealisas­ikan konsep mobiliti untuk semua.

Naib Presiden Eksekutif TMC, Didier Leroy berkata teknologi dalam industri permotoran hari ini berubah lebih pantas berbanding era sebelum ini dan TMC memandang perubahan ini sebagai peluang untuk mengubah diri sendiri.

“Walaupun kita bergerak ke era baru seperti robot pembantu manusia atau perkhidmat­an kongsi kereta, ada sesuatu yang lebih istimewa mengenai kereta, semua bentuk mobiliti harus terus memberikan inspirasi ialah kebebasan kerana apabila manusia bebas bergerak, segalanya mungkin dapat dilakukan.

“Sebab itulah saya percaya kereta ialah keseronoka­n dan manusia menganggap kereta satu benda yang mereka sayangi, bukan sekadar sebuah jentera,” katanya ketika ucapan pembukaan pameran TMC pada Tokyo Motor Show 2017 di Tokyo Big Sight, Koto-ku, semalam.

TMC memperagak­an beberapa model baru kereta termasuk model konsep keluaranny­a termasuk kereta mewah klasik Century, model Japan Taxi, kenderaan utiliti sukan Tj Cruiser, kereta futuristik Concept-i iaitu yang dibangunka­n menerusi dan teknologi disambungk­an yang didatangka­n bersama kenderaan i-Ride dan i-Walk.

Leroy berkata, Toyota menyayangi kereta dan memang menjadi komitmen TMC untuk terus memberikan kemudahan mobiliti yang lebih baik kepada pengguna memandangk­an teknologi membolehka­nnya mencapai lebih banyak kemajuan.

“Dan saya memberi jaminan bahawa mobiliti kami akan sentiasa menyeronok­kan,” katanya.

Menurutnya, sejak memperkena­lkan model pertama yang menjadi perintis kereta elektrik iaitu Prius kira-kira 20 tahun lalu, setakat ini Toyota menjual 11 juta unit kereta elektrik di seluruh dunia.

Pada masa ini, katanya, Toyota menjual 37 model kereta elektrik di lebih 90 negara dengan sejumlah 1.5 juta unit dijual setiap tahun atau 43 peratus daripada jumlah keseluruha­n kereta elektrik yang dipasarkan.

 ??  ?? KERETA Concept-i yang dipersemba­hkan Toyota Motor Corporatio­n pada Pameran Motor Tokyo 2017.
KERETA Concept-i yang dipersemba­hkan Toyota Motor Corporatio­n pada Pameran Motor Tokyo 2017.
 ?? Didier Leroy ?? Manusia menganggap kereta satu benda yang mereka sayangi, bukan sekadar sebuah jentera”
Didier Leroy Manusia menganggap kereta satu benda yang mereka sayangi, bukan sekadar sebuah jentera”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia