Harian Metro

Sasar pikat 72.6 juta pelancong domestik Bukan kerajaan ‘flip-flop’

- BERNAMA am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan akan mempergiat­kan usaha menambah kedatangan pelancong menerusi beberapa acara dengan sasaran keseluruha­n pelancong domestik pada 2018 seramai 72.6 juta membabitka­n jangkaan pendapatan sebanyak RM51.2 bilion.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara pendekatan diambil menambah penyertaan dalam pameran pelanconga­n tempatan yang berskala besar serta mempergiat­kan promosi pelanconga­n dan kerjasama pintar melalui agensi kerajaan bagi meningkatk­an jumlah pelancong dalam negara.

Katanya, pameran membabitka­n kakitangan kerajaan, awam dan antarabang­sa dipergiatk­an supaya sebaran maklumat berkaitan pelanconga­n secara terus, sekali gus mencetuska­n minat rakyat tempatan untuk melancong ke destinasi menarik di Malaysia.

“Contohnya seperti MATTA Fair, MITA Travel Fair dan Cuti-Cuti Malaysia Dekat Je Travel Fair. Selain itu, kita juga mahu meningkatk­an promosi pelanconga­n dengan menggalakk­an badan korporat membuat lawatan insentif atau seminar dalam negara dan bukannya dianjurkan ke luar negara seperti sebelum ini.

“Selain itu, mempergiat­kan promosi pelanconga­n membabitka­n segmen khas dan unik seperti pelanconga­n agro dan pelanconga­n eko yang kian mendapat perhatian ramai,” katanya kepada Harian Metro.

Mas Ermieyati berkata, menerusi pembentang­an Bajet 2018, pihaknya juga mahu mempergiat­kan jaringan kerjasama pintar melalui NBOS dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak korporat dan swasta dalam aktiviti promosi pelanconga­n.

Kata beliau, pihaknya juga akan meningkatk­an promosi dan aktiviti pelanconga­n sempadan membabitka­n kemasukan pelancong asing (melalui sempadan negara) supaya ia dapat menukar status pelawat harian kepada pelancong. “Kementeria­n menambah baik dan mengembang­kan fungsi Pusat Penerangan Pelanconga­n (TIC) membolehka­n ia bertindak sebagai pusat sehenti dan membabitka­n aktiviti komersil seperti penjualan pakej pelanconga­n, tempahan penginapan, penjualan tiket konsert, hiburan serta kesenian,” katanya.

Menurut Mas Ermieyati lagi, kementeria­nnya juga terus mempergiat kempen promosi pelanconga­n domestik pada 2018 melalui Kempen Cuti-cuti Malaysia Dekat Je yang pernah diperkenal­kan pada 2015 sebagai usaha untuk merancakka­n lagi industri pelanconga­n tempatan menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2020.

Bajet 2018 merupakan bajet inklusif yang mengambil kira kepentinga­n rakyat dari semua lapisan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain memperkena­lkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanak­an sebelum ini, beliau berkata, pembangkan­g juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet terbabit.

Bercakap pada taklimat media kepada para editor, di sini, semalam, beliau berkata, Bajet 2018 yang akan dibentangk­an di Parlimen hari ini juga menekankan isu berkaitan belia, agenda Bumiputera, Pelan Tindakan masyarakat India serta yang berkaitan masyarakat Cina.

Bajet itu juga membabitka­n bidang yang mewujudkan sumber pertumbuha­n baru untuk negara serta kekayaan baru untuk rakyat, menangani cabaran dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, Digital Malaysia, kesalinghu­bungan serta melabur dalam infrastruk­tur yang menyokong pertumbuha­n ekonomi yang kukuh.

Najib berkata, bajet itu tidak sepatutnya dilihat sebagai satu senarai permintaan, berapa banyak yang diperoleh, tetapi dilihat dalam konteks keseluruha­n pengurusan ekonomi dan kewangan yang kukuh di negara ini.

“Pengurusan yang baik (kerajaan) sangat bertanggun­gjawab, sangat berhati-hati, tetapi pada masa yang sama mengambil berat terhadap kepentinga­n rakyat dan memajukan negara dari segi pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

“Bukan kerana anda mahu menjadi kerajaan populis, tetapi ia mesti didasarkan pada ekonomi modal dan ekonomi rakyat. Oleh itu, apa yang kita lakukan mesti bertanggun­gjawab, boleh dipercayai dan mampan,” jelasnya.

 Bajet 2018 bersifat inklusif bawa faedah kepada segenap lapisan masyarakat

Perdana Menteri juga berkata kepentinga­n rakyat akan terjejas sekiranya negara tidak mencatatka­n pertumbuha­n atau menikmati keyakinan pasaran global atau jika agensi penarafan tidak memberikan kad laporan yang baik.

Beliau berkata kerajaan amat konsisten dalam rancangan dan dasarnya dan mereka bukan yang tidak tetap pendirian.

“Kerajaan ini konsisten dan bukan (tidak tetap pendirian). Kerajaan ini boleh terus berada di landasan yang sama dan akan mempunyai tonggak penting yang diukur dalam matlamat jangka panjang untuk negara.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang memberi mereka kepastian tentang apa yang menjadi dasar ekonomi negara,” kata beliau, sambil menambah bahawa rakyat berhak mendapat manfaat daripada pertumbuha­n dan kemajuan ekonomi.

Pertumbuha­n ekonomi bagi tahun ini dijangka melebihi lima peratus seperti yang diunjurkan oleh kebanyakan agensi antarabang­sa selepas mencatatka­n pertumbuha­n 5.7 peratus pada separuh pertama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia