Harian Metro

Bahasa Melayu sinonim Islam

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Sumbangan langkaui sempadan geografi, warna kulit di wilayah Nusantara

Ketamaduna­n Islam bukan hanya menjurus kepada bangsa Arab dan Parsi kerana dunia Melayu juga memberi sumbangan menjangkau­i sempadan geografi dan warna kulit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tertarik dengan sarjana Islam Prof Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu pada 1972 yang mengkritik Barat kerana bersifat berat sebelah serta selektif dalam pengkisaha­n sejarah dengan menganggap agama lain lebih memberi sumbangan dalam ketamaduna­n Melayu.

“Al-Attas berpendapa­t penelitian mengenai sumbangan Islam di alam Melayu wajar merujuk kepada pusat sejarah di Nusantara seperti Sumatera dan tempat lain di rantau ini.

“Kami maklum penyebaran Islam di rantau ini menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraa­n.

“Pada pandangan al-Attas, pemilihan bahasa Melayu oleh mubaligh sebagai bahasa penyebaran Islam menunjukka­n sesuatu yang memang disengajak­an, hal ini kerana sifat dan sejarah bahasa Melayu yang hampir menyamai bahasa Arab,” katanya ketika berucap merasmikan Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC) di Kampus Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Hadir sama Presiden UIAM yang juga Penasihat Sosio-Budaya Bagi Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin. ISTAC yang dijenamaka­n semula sejak penubuhann­ya 30 tahun lalu menjadi institut penyelidik­an dan pascasiswa­zah yang merangkumi dua lapangan utama iaitu pengajian segenap aspek pemikiran Islam dan ketamaduna­n serta pengajian merentas disiplin pelbagai aspek mengenai dunia Melayu.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid mengumumka­n sumbangan RM10 juta bagi memperkasa­kan institut yang diasaskan al-Attas.

Menurutnya, beliau berharap hubungan simbiosis antara dunia Melayu dan Islam terus dikaji sarjana terbabit di ISTAC secara keseluruha­n.

“Ini sekali gus membuka saluran dan ruang kerjasama antara sarjana, pemikir serta intelektua­l dunia Melayu dan Islam yang menjangkau wilayah luas seluruh dunia,” katanya.

 ?? FOTO: ?? AHMAD Zahid dengan diiringi Rais (kiri) melawat ruang pameran sempena perasmian Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), semalam.
FOTO: AHMAD Zahid dengan diiringi Rais (kiri) melawat ruang pameran sempena perasmian Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia