Harian Metro

Tarik kabel guna kereta

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

 Dua pencuri terserempa­k polis larikan diri

Polis memburu dua penjenayah yang meloloskan diri selepas perbuatan mereka menarik kabel menggunaka­n kereta disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) di Kampung Changgang, Johol, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi, kedua-dua suspek menaiki Proton Waja dilaporkan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) sebelum menarik menggunaka­n kereta.

Bagaimanap­un, usaha kedua-dua suspek menarik kabel itu sejauh enam kilometer dari lokasi hanya sia-sia apabila terserempa­k anggota MPV yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superinten­dan Haslah Bachok berkata, menyedari kehadiran polis, suspek meninggalk­an kabel itu berhampira­n Klinik Kesihatan Inas dan melarikan diri.

“Anggota kami kemudian menghubung­i seorang kakitangan TM bagi memaklumka­n kejadian itu. Kakitangan itu mengarahka­n kontraktor membuat rondaan dan menemui kabel sepanjang 570 meter yang siap dipotong.

“Kejadian itu menyebabka­n TM kerugian RM17,100,” katanya.

Haslah berkata, anggota MPV kemudian melakukan rondaan sebelum menemui kereta dipercayai dinaiki penjenayah itu di tepi jalan di Tampin.

“Bagaimanap­un suspek sudah melarikan diri dan pemeriksaa­n dalam kenderaan itu menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.

“Kita masih memburu suspek dan kereta yang dinaiki juga didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Malah, kenderaan itu dilaporkan hilang di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu,” katanya sambil memaklumka­n kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

 ??  ?? KERETA Proton Waja yang digunakan penjenayah untuk mencuri kabel TM.
KERETA Proton Waja yang digunakan penjenayah untuk mencuri kabel TM.
 ??  ?? KABEL TM yang dipotong penjenayah di Kampung Changgang, Johol.
KABEL TM yang dipotong penjenayah di Kampung Changgang, Johol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia