Harian Metro

Kasih sayang landasan pekerti mulia

-

Manusia mempunyai fitrah untuk menyukai orang yang mempunyai persamaan dengannya. Contohnya, jika anda seorang lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM), adakah anda lebih ceria bertemu dengan graduan UPM atau universiti lain?

Tentu sekali dengan mereka yang lahir daripada universiti yang sama seperti anda.

Abu Dzar meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat.” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan situasi yang dinyatakan dengan istilah popular iaitu ‘peer pressure’ atau terjemahan­nya ‘tekanan rakan sebaya’.

Menurut ahli psikologi moden, salah satu cabang tahap itu adalah penerimaan. Di sinilah motivasi negatif muncul dalam kalangan remaja iaitu motivasi untuk diterima kelompok rakan di sekeliling­nya.

Sesebuah kelompok hanya akan menerima ahli yang lebih kurang sama dengan mereka.

Katakan anda tidak disenangi rakan-rakan di tempat kerja, adakah anda masih berasa tenang?

Tentu sekali anda berasa tertekan. Lihatlah drama remaja di televisyen. Anda akan mendapati kebenaran terhadap perkara itu.

Jika seorang remaja membawa imej yang lain daripada rakannya, dia akan diejek atau mereka cuba mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik dari sebelumnya, mereka pula akan dipulaukan.

Sehubungan itu, keluarga memainkan peranan sangat penting dalam memberikan sokongan moral kepada anak yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Malangnya, kebanyakan ibu bapa akan bising apabila anak mereka melakukan kesalahan dan sekadar mendiamkan diri apabila anak berbuat kebaikan.

Ad-Dailami meriwayatk­an daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kerapkanla­h memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang...” (Riwayat Thabrani)

Tanyalah kepada orang yang biasa mengendali­kan remaja bermasalah. Mereka mengatakan remaja yang mendapat cukup kasih sayang di rumah akan kurang terjebak dengan masalah sosial.

Apabila seorang remaja itu kurang mendapat sokongan ibu bapanya, dia akan menghadapi tugas berat untuk mengharung­i tekanan daripada rakan untuk mengikut cara mereka.

Tambahan pula, jika di rumah selalu berlaku konflik, mereka terpaksa memenuhi keperluan kasih sayang di luar.

Jika kasih sayang dilandasi agama yang dicurahkan secukupnya ibu bapa, anak remaja akan mempunyai pertahanan diri cukup ampuh terhadap godaan di luar rumah.

Salah satu fitrah naluri manusia adalah rasa terhutang budi dengan orang yang melakukan kebaikan terhadap mereka.

Apabila kebajikan yang ditabur, kebajikan juga yang akan diberi kembali. Contohnya, amalan berjiran dipraktikk­an masyarakat Melayu yang selalu menghantar makanan ke rumah jiran.

Jiran yang diberi makanan akan membalasny­a kembali. Begitu juga anak yang diberi cukup kasih sayang, apabila ingin melakukan kejahatan mereka tidak tergamak untuk melakukann­ya apabila mengenangk­an ibu bapa mereka.

Sememangny­a kasih sayang dalam keluarga mampu mengelakka­n seseorang daripada terjebak dalam lembah kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tatkala ada seekor anjing hampir mati kerana kehausan mengelilin­gi sebuah sumur berisi air, tiba-tiba anjing

 Remaja diabai ibu bapa cari perhatian rakan di luar rumah

itu dilihat seorang wanita penzina daripada kaum Bani Israel, maka wanita itu melepaskan khufnya (sepatunya untuk turun ke sumur dan mengisi air ke dalam sepatunya) lalu memberi minum kepada anjing itu. Maka Allah pun mengampuni­nya kerana amalannya itu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ?? KEHIDUPAN umpama bunga dan kasih sayang pula adalah madu.
KEHIDUPAN umpama bunga dan kasih sayang pula adalah madu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia