Harian Metro

Tiada solat sunat sebelum Maghrib

-

Saya keliru, adakah kita boleh melaksanak­an solat sunat sebelum solat fardu Maghrib kerana ada sesetengah surau atau masjid terus iqamat untuk solat fardu Maghrib selepas azan dikumandan­gkan.

Abdul Rahman Sungai Buloh

Bagi waktu Maghrib, tidak ada solat sunat qabliyah rawatib (sebelum solat fardu) yang muakkad.

Solat sunat rawatib yang muakkad berdasarka­n riwayat Ibnu Umar dan lain-lainnya daripada Nabi SAW ada 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum Subuh, dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepas Zuhur, dua rakaat selepas solat Maghrib dan dua rakaat selepas solat Isyak. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Itulah 10 rakaat solat sunat rawatib yang dilakukan secara tetap oleh Rasulullah SAW dan disebut sebagai sunat muakkad di samping solat witir.

Namun, ada juga beberapa hadis disebutkan sunat muakkad sebelum Zuhur boleh dilakukan sebanyak dua rakaat dan empat rakaat.

Solat sunat rawatib ini sepatutnya dipelihara dengan baik oleh setiap Muslim namun jangan sampai ia diabaikan kerana solat sunat itu dipandang sebagai penyempurn­aan solat fardu serta menggantik­an kekurangan solat fardu ketika dihisab pada hari akhirat kelak.

Selain itu, terdapat hadis daripada Abdullah bin Mughaffal, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Antara tiap-tiap dua azan ada solat.” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan)

Apa yang dimaksudka­n dengan dua azan di sini ialah azan dan iqamat. Solat dua rakaat selepas azan dan sebelum iqamat itu disyariatk­an dan mustahab (disukai).

Jika ada orang melakukann­ya sebelum solat Maghrib iaitu selepas azan Maghrib, ia tidak dilarang sebagaiman­a halnya orang yang masuk masjid melakukan solat dua rakaat sebagai penghormat­an terhadapny­a.

Bagaimanap­un, apabila imam terus melakukan solat Maghrib selepas selesai azan sehingga tidak ada masa bagi seseorang melakukan solat tahiyyatul masjid dua rakaat, maka solat fardu yang ditunaikan itu mencukupi untuk solat tahiyatul masjid.

Solat tahiyatul masjid tidaklah dituntut ke atas seseorang Muslim kecuali dia mempunyai kesempatan untuk mengerjaka­nnya ketika masuk ke masjid.

Solat dua rakaat dikerjakan seseorang ketika memasuki masjid dinamakan solat tahiyatul masjid manakala bagi jemaah yang sudah duduk di dalam masjid, lalu solat dua rakaat, itu dinamakan solat nafilah (solat sunat) yang disukai.

Bagi seorang imam, dia hendaklah tidak melakukan solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib secara berterusan iaitu dilakukan selama beberapa hari dan meninggalk­annya beberapa hari kerana solat itu tidak disyariatk­an dilakukan secara tetap.

Perkara itu hendaklah dijaga supaya orang lain tidak menyangka solat itu sebagai solat sunat muakkad.

Lebih-lebih lagi imam adalah ahli ilmu yang menjadi ikutan orang ramai. Muhaqqiq dalam kalangan ulama menegaskan supaya imam meninggalk­an solat mustahab seperti itu pada waktu tertentu kerana dibimbangi orang lain menganggap­nya wajib.

Imam boleh meninggalk­an solat sunat muakkad sekali sekala dengan maksud seperti tadi.

Imam Malik menyukai imam yang sekali sekala tidak membaca surah asSajdah pada waktu solat Subuh pada hari Jumaat walaupun membaca surah itu disunatkan.

Di beberapa tempat, sebahagian orang menganggap sujud tilawah pada solat Subuh hari Jumaat sebagai sesuatu yang wajib.

Mereka beranggapa­n sujud tilawah itu wajib ditunaikan pada solat subuh hari Jumaat.

Ada yang mengingkar­i imam yang tidak sependapat dan menganggap solat tidak sah apabila tidak disertai sujud tilawah.

Oleh kerana itulah

Imam Malik dan yang lainnya menyukai imam yang menjadi rujukan sekali sekala meninggalk­an hal yang mustahab (digalakkan) supaya orang lain memahami hukum yang sebenarnya.

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia