Harian Metro

Penyu terjerat

- Am@hmetro.com.my

 Sekumpulan nelayan selamatkan hidupan laut tersangkut pada pukat hanyut

Empat penyu berjaya diselamatk­an sekumpulan nelayan selepas tersangkut pada pukat hanyut yang dipercayai ditinggalk­an nelayan asing di kawasan 22 batu nautika dari Kuala Kerteh, Chukai, kelmarin.

Penyu berkenaan masing-masing dua daripada spesies Agar dan Karah dipercayai berusia antara empat hingga enam tahun itu diselamatk­an tekong bot nelayan, Wan Abdul Halim Wan Mohamad Dom, 43, bersama empat awak-awaknya, jam 1 tengah hari.

Menurut Wan Abdul Halim, dia bersama empat awak-awaknya ketika itu dalam perjalanan pulang selepas keluar memasang bubu.

Tiba di kawasan berkenaan, dia melihat penyu terbabit terapung dalam keadaan terperangk­ap di dalam pukat itu.

“Kasihan melihat keadaan penyu itu, saya bersama rakan bertindak melepaskan­nya. Tiga daripada empat penyu itu kami lepaskan semula ke dalam laut, manakala seekor yang cedera kami bawa pulang ke jeti.

“Saya kemudian menyerahka­n penyu Agar itu ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang, Dungun untuk diambil tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak dapat mengangkat pukat yang ditinggalk­an nelayan asing itu kerana sangat berat.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidik­an Penyu (FRI) Rantau Abang, Mohd Tarmimi Ali Ahmad berkata, penyu yang cedera itu diterima pihaknya jam 10 pagi semalam.

Katanya, penyu seberat 2.5 kilogram itu hampir putus sirip belakangny­a dan sudah diberi rawatan segera sejurus diserahkan kepada pihaknya.

“Kami akan merawat penyu terbabit sehingga sihat sepenuhnya sebelum melepaskan­nya semula ke laut,” katanya.

Mohd Tarimimi berkata, pihaknya berterima kasih kepada nelayan terbabit yang sanggup membantu menyelamat­kan penyu dan berharap tindakan itu boleh dijadikan contoh kepada semua nelayan lain.

Pihaknya mahu nelayan yang menemui penyu tersangkut di pukat agar dapat melepaskan semula dan sekiranya ada tercedera supaya menghubung­i pihak berkaitan dengan segera untuk diambil tindakan lanjut.

 ??  ?? EMPAT nelayan dari Kuala Kerteh menunjukka­n penyu yang ditemui terperangk­ap dalam pukat hanyut.
EMPAT nelayan dari Kuala Kerteh menunjukka­n penyu yang ditemui terperangk­ap dalam pukat hanyut.
 ??  ?? MOHD Tarmimi menunjukka­n penyu cedera yang ditemui nelayan Kuala Kerteh dibawa ke pusat penyelidik­an untuk rawatan.
MOHD Tarmimi menunjukka­n penyu cedera yang ditemui nelayan Kuala Kerteh dibawa ke pusat penyelidik­an untuk rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia