Harian Metro

Sekat jual beli ijazah

-

bekerjasam­a dengan beberapa pihak seperti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, KPT bekerjasam­a dengan SKMM bagi menyekat laman web yang disyaki menawarkan ijazah palsu melalui Internet manakala dengan PDRM bagi menyalurka­n maklumat penjualan kelulusan akademik palsu.

Menurutnya, kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam memastikan orang awam khususnya pihak majikan dapat membuat semakan rekod penganuger­ahan kelulusan akademik kepada bakal kakitangan yang ingin diambil bekerja.

Selain itu katanya, KPT bekerjasam­a dengan Kementeria­n Luar yang mengemukak­an nota diplomatik ke negara disyaki menjadi lokasi laman sesawang menawarkan sijil akademik palsu.

“Langkah ini penting bagi memaklumka­n pihak berkuasa negara terbabit supaya tindakan lebih berkesan dapat diambil terhadap laman sesawang yang melanggar undang-undang negara ini,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memantau sindiket berkaitan pemalsuan sijil diploma dan sarjana.

Mary berkata, KPT turut membangunk­an pangkalan data pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) bagi semua universiti awam (UA) untuk memudahkan semakan secara setempat berbanding sebelum ini data hanya disimpan oleh UA masing-masing.

“Kini, pangkalan data ini boleh juga digunakan untuk menyemak bagi penerima anugerah ijazah kehormat, Profesor Emeritus, Profesor Diraja dan Profesor Ulung,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia