Harian Metro

Hilang bersama lelaki belajar silat

-

Banting: Semalam, genap 30 hari Nor Aisyah Nor Asmi, 15, hilang dari rumah keluargany­a di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang di sini, selepas disyaki dibawa seorang lelaki.

Ibunya, Haryani Sulaiman, 43, sudah puas merintih kerana merindui anak ketiga daripada empat beradik itu.

Haryani berkata, Nor Aisyah sebelum ini berkawan dengan remaja lelaki berusia 19 tahun yang sering datang belajar silat di gelanggang silat dekat dengan kediaman mereka.

“Nor Aisyah tidak pernah keluar sendirian, malah tidak berani melakukann­ya kerana dia lebih senang bergaul dengan adik-beradik.

“Nor Aisyah juga tidak pandai menunggang motosikal. Saya syak anak dilarikan remaja terbabit,” katanya.

Menurut Haryani, ibu bapa remaja lelaki itu turut memaklumka­n anak mereka tidak pulang ke rumah sejak hari Nor Aisyah menghilang­kan diri.

“Ibu kepada rakan remaja terbabit turut memaklumka­n, dia pernah berkunjung ke rumah mereka di Padang Jawa, Klang bersama Nor Aisyah dan mengaku Nor Aisyah adalah isterinya.

“Saya sudah membuat laporan polis selepas 24 jam Nor Aisyah hilang namun hingga kini, tiada perkembang­an berkaitann­ya.

“Nor Aisyah juga tidak menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3),” katanya.

Menurutnya, dia dan suami, Nor Asmi Supaat, 45, sudah puas mencari Nor Aisyah hampir setiap hari dan bimbangkan keselamata­n anak mereka itu.

“Suami kini hanya tidur dua atau tiga jam sehari kerana terlalu risau dan rindukan Nor Aisyah.

“Saya mohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nor Aisyah supaya menyalurka­nnya kepada polis,” katanya.

 ??  ?? NOR Aisyah
NOR Aisyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia