Harian Metro

Pak cik cetus inspirasi Marina

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

 Satu-satunya graduan Orang Asli pada konvokesye­n UiTM Kampus Kelantan

Status sebagai anak Orang Asli tidak menjadi penghalang buat Marina Long Yon, 25, untuk berjaya seperti kaum lain, sekali gus menggengga­m Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Malah, dia menjadi satu-satunya graduan Orang Asli yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesye­n ke-87 UiTM Kampus Kelantan, semalam.

Seramai 1,620 graduan menerima sijil disampaika­n Pro-Canselor UiTM Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed.

Marina yang berasal dari Kampung Tangkai Cermin, Perak berkata, dia mahu membuktika­n kepada masyarakat Orang Asli seperti dirinya juga mampu berjaya dalam bidang akademik.

Bapa saudaranya yang menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi inspirasi untuk dia mengecap kejayaan.

“Saya jadi lebih bersemanga­t apabila melihat kejayaan pak cik sebagai pensyarah, sekali gus mendorong untuk mengikut jejak langkahnya.

“Hari ini (semalam) menjadi saat yang menggembir­akan kerana saya berjaya menamatkan pengajian, sekali gus membuka mata orang ramai mengenai kebolehan anak Orang Asli.

“Malah, keazaman mengubah kehidupan diri dan keluarga juga menjadikan saya lebih berkobar-kobar untuk tamatkan pengajian dan ceburi bidang pekerjaan,” katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, Orang Asli pada zaman ini sudah semakin berjaya dan dapat melanjutka­n pelajaran ke universiti, malah peluang untuk mereka juga terbuka luas.

 ??  ?? MARINA berkongsi kegembiraa­n bersama suaminya, Marul Kamsan Mat, semalam.
MARINA berkongsi kegembiraa­n bersama suaminya, Marul Kamsan Mat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia