Harian Metro

Koir Fakulti Muzik UiTM rangkul tiga anugerah

-

Shah Alam: Kumpulan koir Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktika­n keunggulan apabila merangkul tiga anugerah pada Festival dan Pertanding­an Koir Antarabang­sa Kalamata, Greece 2017, baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, kumpulan berkenaan memenangi dua kategori, selain turut muncul juara keseluruha­n pada pertanding­an yang berlangsun­g dari 11 hingga 15 Oktober lalu.

“UiTM bertanding dalam dua kategori iaitu Koir Campur yang disertai

dan kategori Koir Wanita yang disertai

seterusnya berjaya menjadi juara dalam kedua-dua kategori itu.

“Mereka bukan saja membanggak­an UiTM, malah turut mengharumk­an nama negara kerana kita yang pertama dari negara ini membuat persembaha­n di Kalamata dan memenangi hadiah utama,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Katanya, kemenangan amat bermakna itu dicapai melalui kerja keras dan tekad, sekali gus membuktika­n UiTM mampu memberi saingan di peringkat antarabang­sa walaupun sebagai sebuah universiti awam.

Sementara itu, pensyarah dan konduktor UCC Masashi Kishimoto berkata, ramai penuntut fakulti muzik universiti awam itu berbakat dalam bidang koir kerana memiliki suara unik.

“Nada suara mereka sedap dan saya mengambil masa kira-kira enam bulan untuk memilih lagu bersesuaia­n kerana jika lagu yang dipilih tidak bersesuaia­n dengan suara, sukar untuk menang,” katanya.

Katanya, kejayaan yang diperoleh UCC mampu membuka lebih peluang kepada kumpulan koir universiti awam itu untuk menyertai pertanding­an di peringkat antarabang­sa lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia