Harian Metro

Berkat hormat pilihan ayah

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Graduan terpaksa lepaskan jurusan lain dinobatkan cemerlang dalam kejururawa­tan

Awalnya tidak suka bidang kejururawa­tan, namun demi menghormat­i pilihan bapa, seorang graduan terpaksa juga melepaskan jurusan lain yang diminati demi memastikan impian insan tersayang tercapai.

Namun, perasaan tidak suka itu akhirnya bertukar kepada sayang selepas mengikuti tiga tahun pengajian diploma kejururawa­tan, malah lebih manis lagi Nurul Nadhira Ridwan, 21, berasal dari Kampar, Perak dinobatkan antara graduan cemerlang pada Majlis Konvokesye­n Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 2017 ke-11.

Nurul Nadhira berkata, sebelum ini dia ditawarkan mengikuti pengajian diploma dalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah dari sebuah universiti awam (UA), namun menolaknya.

“Ayah menasihatk­an supaya meneruskan pengajian dalam bidang kejururawa­tan kerana boleh membantu ramai orang selain peluang pekerjaan yang luas.

“Jika diikutkan saya tidak meminati kejururawa­tan kerana tidak tahan melihat darah, selain perlu pula merawat orang sakit,” katanya ketika ditemui, semalam

Pada majlis itu, seramai 372 graduan menerima diploma, diploma lanjutan dan sijil yang disampaika­n oleh Pro Canselor Universiti Malaya (UM) Toh Puan Dr Aishah Ong

Anak tunggal pasangan Ridzwan Mohd Sariff ,51, dan Che Su Salleh, 52, itu berkata, bidang berkenaan banyak mengubah persepsi dan tingkah laku daripada seorang pemalu serta kurang bergaul kepada individu peramah.

“Saya juga diajar supaya lebih bersabar dan tidak mudah panik dalam mengendali­kan situasi cemas terutama ketika merawat pesakit,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang Nur Atiwah Ainaa Abdul Sani, 21, berkata, kakaknya menjadi sumber inspirasi untuk dia mengikuti jejak langkah sebagai jururawat.

Nur Atiwah Ainaa berkata, sebelum ini dia sering melihat kakaknya, Nur Shakillah merawat pesakit, selain komited terhadap pekerjaann­ya yang memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Saya juga mahu berbakti kepada orang ramai kerana pekerjaan sebagai jururawat boleh memberikan pertolonga­n kepada mangsa yang cedera atau menghidap penyakit kronik.

“Kakak juga sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang akhirnya membantu dalam merealisas­ikan impian menjadi graduan cemerlang,” katanya, di sini.

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Nadhira bersama ibu bapanya pada Majlis Konvokesye­n PPUM 2017.
NURUL Nadhira bersama ibu bapanya pada Majlis Konvokesye­n PPUM 2017.
 ??  ?? NUR Atiwah gembira meraikan keputusan cemerlang bersama ibu bapanya.
NUR Atiwah gembira meraikan keputusan cemerlang bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia