Harian Metro

Sangkut 2 tuduhan

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Pesawah tertembak budak didenda RM8,000

Alor Setar: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menetapkan kes empat lelaki yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’ dan mendalangi aktiviti penyeludup­an di sempadan Malaysia-Thailand ditetapkan sebutan semula 20 November depan.

Hakim Azman Abu Hassan memutuskan demikian selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias yang memaklumka­n kes itu akan disebut sekali dengan kes 20 lelaki yang didakwa atas tuduhan sama untuk dipindahka­n untuk perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi.

Pada 26 September lalu keempat-empat tertuduh, Johari Ariffin, 35, atau ‘Pak Su’, Rosidi Aziz, 35, Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’ bermula pada 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 130V (1),

Seorang pesawah didenda RM8,000 termasuk pampasan oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini, semalam atas kesalahan memiliki senapang patah tanpa lesen dan melepaskan tembakan hingga mencederak­an seorang murid tahun enam di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Pokok Sena, April lalu.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply menjatuhka­n hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd Asri Said, 51, dan mensabitka­nnya dengan pertuduhan.

Berdasarka­n pertuduhan Mohd Asri didakwa memiliki senapang patah model Topper No siri 82087 tanpa lesen dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8, Akta Senjata 1960, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 37, Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan dan menyebabka­n kecederaan ke atas Nur Syahida Bakar, 12, dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 23 April lalu, jam 6.30 petang di rumah No 44 Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong Pokok Sena, dekat sini.

Mengikut fakta kes, pada tarikh dan masa kejadian, ketika bapa mangsa, Bakar Saad, 46, (pengadu) makan bersama ahli keluargany­a secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan di dapur rumah.

Pengadu membuat pemeriksaa­n dan mendapati ada banyak butir kesan peluru bertabur di peti ais rumah dan terkena pada muka serta badan anak perempuann­ya.

Tidak lama kemudian datang dua lelaki yang tinggal berhampira­n rumah pengadu membawa sepucuk senapang dan meminta maaf tersalah sasaran kerana ingin menembak burung di kawasan itu.

Pengadu tidak berpuas hati dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan susulan itu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar dan Bahagian D6 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri melakukan siasatan dan menahan tiga lelaki di pekarangan Balai Polis Pokok Sena, jam 11 malam.

Seorang daripada lelaki itu, Said Lat, 78, kemudian menyerahka­n sepucuk senapang dan mengesahka­n ia senjata digunakan ketika kejadian tembakan di Kampung Lubuk Keriang.

Pemeriksaa­n polis mendapati senapang patah jenis Topper itu didaftarka­n atas nama Said dan dirampas untuk siasatan lanjut. Tertuduh dikenal pasti melakukan kesalahan memiliki senjata tanpa lesen dan melepaskan tembakan hingga mencederak­an mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun manakala tertuduh diwakili peguam Lim Wei Yong.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu hukuman denda ringan kerana menanggung dua anak masih bersekolah berusia lapan dan 17 tahun dengan bekerja sebagai petani.

 ??  ?? MOHD Asri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar.
MOHD Asri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar.
 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi empat lelaki untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
ANGGOTA polis mengiringi empat lelaki untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia