Harian Metro

Lulus pembanguna­n 10 SJKC baru

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan permohonan pembanguna­n 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)baru iaitu masing-masing lima di Johor dan Selangor.

Sementara itu, enam SJKC sedia ada akan dipindahka­n ke lokasi baru.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pembanguna­n sekolah itu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina dan ia dibina di kawasan yang mempunyai penduduk kaum Cina yang ramai.

“Bagi 10 SJKC baru, KPM berpandang­an pelaksanaa­n sekolah berkenaan perlu berdasarka­n keutamaan dan keperluan projek, serta kebolehupa­yaan ekonomi dan kewangan negara. “Sementara perpindaha­n enam SJKC perlu mengikut prosedur dan syarat ditetapkan KPM, termasuk persetujua­n ibu bapa dan hal berkaitan urusan perpindaha­n sekolah,” katanya pada Majlis Pengumuman Pembinaan SJKC Baru, semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi merangkap Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Seri Alias Ahmad.

Sepuluh sekolah baru adalah SJKC Kuek Ho Yao, Mount Austin, SJKC Sim Mow Yu, Plentong, SJKC Tun H S Lee, Tebrau dan SJKC Tan Kah Kee, Nusajaya di Johor.

Sementara lima di Selangor ialah SJKC Lee Loy Seng, Ijok, SJKC Sunsuria dan SJKC Too Joon Hing di Dengkil, SJKC Tun Ong Yoke Lin, Kuala Langat dan SJKC Tun Lim Chong Eu di Puncak Alam.

 ??  ?? MAHDZIR (tengah) menyerahka­n surat kelulusan pembinaan
SJKC kepada Liow di Kementeria­n Pendidikan Malaysia.
MAHDZIR (tengah) menyerahka­n surat kelulusan pembinaan SJKC kepada Liow di Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia