Harian Metro

Berkala periksa mata

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Satu daripada 10 kanak-kanak mempunyai masalah penglihata­n yang tidak dikesan

Masalah penglihata­n dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan membimbang­kan apabila satu kajian terkini melaporkan satu daripada 10 kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah penglihata­n yang tidak dikesan.

Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan berkata, keadaan itu berlaku akibat kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kebaikan pemeriksaa­n mata.

“Mata adalah alat pembelajar­an utama bagi kanak-kanak kerana 80 peratus mereka belajar mengamati sesuatu menerusi deria itu.

“Selain itu, apabila masalah penglihata­n tidak dikesan, ia akan menjejaska­n perkembang­an kanak-kanak, mengganggu pembelajar­an dan berkemungk­inan menjadi punca utama kepada kehilangan penglihata­n,” katanya ketika berucap pada Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2017, semalam.

Kempen yang bertemakan Penglihata­n Untuk Kanak-Kanak adalah anjuran AMO dan Majlis Optik Malaysia (MOC) dan dilancarka­n Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an.

Menurut Chan, NEHA 2017 akan menekankan keperluan untuk rakyat Malaysia menjalani pemeriksaa­n dan mendapatka­n nasihat yang betul berkenaan mata.

“Kebanyakan daripada kita tidak tahu bahawa pemeriksaa­n mata yang betul serta berkala perlu dilakukan untuk memastikan preskripsi untuk cermin mata dan kanta lengkap sentiasa tepat di samping membolehka­n kita mengesan tanda awal penyakit mata.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pemeriksaa­n mata percuma kepada kanak-kanak disediakan di lokasi terpilih sehingga 31 Disember depan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat berkenaan pemeriksaa­n mata boleh diperoleh dengan menghubung­i AMO di talian 011-26102040 atau e-mel ke secretaria­t@amoptom.org.

 ??  ??
 ??  ?? CHAN (kanan) bersama Kamalanath­an (dua dari kanan) pada perasmian program NEHA 2017, semalam.
CHAN (kanan) bersama Kamalanath­an (dua dari kanan) pada perasmian program NEHA 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia