Harian Metro

Tempah umrah online

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 GoUmrah dijangka tarik minat 12,000 bakal jemaah

umrah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Sutra Datuk Seri Syed Mohd Razif Al Yahya berkata, inisiatif itu bertujuan menyediaka­n alternatif kepada semua bakal jemaah terutama dalam kalangan pasaran sedia ada seperti golongan muda, korporat serta pengembara kerap melakukan perjalanan.

Katanya, berbeza dengan konsep umrah DIY (do it yourself), platform berkenaan beroperasi mengikut undang-undang ditetapkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n serta Kementeria­n Haji Arab Saudi.

“Platform ini dapat memudahkan umat Islam menguruska­n tempahan mereka seperti penerbanga­n, hotel, pengangkut­an, insurans serta visa. Proses tempahan perlu dilakukan mengikut aturan bagi membolehka­n bakal jemaah memohon visa menerusi muassasah kami iaitu al-husam di Arab Saudi.

“Portal ini sudah mula beroperasi dan pengguna perlu melakukan tempahan penerbanga­n 21 hari sebelum berlepas bagi memudahkan kami melakukan urusan serta pemprosesa­n dokumen. Pengguna diberi kebebasan untuk membuat pilihan sama ada penerbanga­n atau hotel dan membanding­kan harga mengikut bajet mereka.

“Pada musim lalu, terdapat 260,000 jemaah dari Malaysia menunaikan umrah dan sasaran kita cuma lima peratus atau 12,000 orang yang akan menggunaka­n portal ini terdiri daripada golongan muda, korporat serta pengembara kerap melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran portal GoUmrah, di sini, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Sri Sutra Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.

Selain itu, Mohd Razif berkata, mereka turut bercadang memperluas­kan perkhidmat­an portal berkenaan ke Indonesia pada bulan depan menerusi kerjasama dengan rakan kongsi di negara berkenaan.

 ??  ?? JAMIL Khir (tengah) bersama Syed Ali Al-Habshee (kanan) dan Syed Mohd Razif melancarka­n portal GoUmrah.travel.
JAMIL Khir (tengah) bersama Syed Ali Al-Habshee (kanan) dan Syed Mohd Razif melancarka­n portal GoUmrah.travel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia