Harian Metro

Lebih 300,000 jalani saringan Tibi

-

Kementeria­n Kesihatan (KKM) melakukan lebih 300,000 saringan penyakit tuberkulos­is (Tibi) atau batuk kering di seluruh negara bagi mengekang penularan penyakit itu.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, saringan berkenaan dilakukan sejak awal tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan berisiko tinggi.

Katanya, saringan itu adalah sebagai langkah awal untuk mengesan pesakit Tibi supaya rawatan dapat diberikan dan mengurangk­an penularan kepada individu lain.

“Setiap tahun, secara purata 23,000 kes membabitka­n penyakit Tibi dilaporkan dan jangkiTan kes dalam kalangan pelajar boleh diklasifik­asikan sebagai jarang berlaku,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Kesihatan bersama warga kementeria­n di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan tiga pelajar di sebuah sekolah menengah di Subang Jaya, Selangor dijangkiti Tibi.

Berhubung perkara itu, katanya, KKM belum mendapat sebarang laporan mengenainy­a dan sekiranya benar pihaknya akan memberi rawatan sepenuhnya kepada pelajar terbabit.

Pengenalan platform digital untuk tempahan umrah menerusi portal pertama dunia, GoUmrah dijangka menarik minat kira-kira 12,000 bakal jemaah umrah yang akan menggunaka­n perkhidmat­an itu untuk menguruska­n sendiri perjalanan ibadat masing- masing.

Portal tempahan itu dikendalik­an Sri Sutra Travel Sdn Bhd dengan menyediaka­n kemudahan kepada bakal jemaah memilih waktu, mengatur dan menempah atur cara sendiri untuk mengerjaka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia