Harian Metro

AIBIM cadang subsidi pembiayaan

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 Langkah dapat bantu syarikat PKS tempatan berkembang pesat

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) berharap kerajaan menerusi Belanjawan 2018 yang dibentangk­an hari ini dapat memberi subsidi keuntungan pembiayaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang ingin mendapatka­n pembiayaan daripada perbankan Islam.

Ketika ini, pihak perbankan Islam tempatan mengenakan kadar keuntungan sekitar 7.5 peratus kepada PKS yang ingin mendapatka­n pembiayaan untuk perniagaan mereka.

Presiden AIBIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, sekiranya dalam pembentang­an Belanjawan 2018 pada hari ini dapat memperuntu­kkan antara RM300 juta hingga RM400 juta untuk subsidi keuntungan itu, ia sudah pasti dapat menawarkan caj peratus yang lebih ideal iaitu lima peratus kepada peminjam.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) berkata, penurunan kadar keuntungan itu juga membantu syarikat PKS tempatan meluaskan perniagaan mereka sama ada di pasaran tempatan mahupun asing.

“Sememangny­a kadar 7.5 peratus yang dikenakan oleh pihak perbankan Islam di negara kita tinggi tetapi sebagai pemain industri kewangan Islam kami perlu memastikan pulangan keuntungan menerusi pembiayaan seiring dengan keadaan ekonomi semasa.

“Oleh itu, sekiranya pihak kerajaan dapat memberi subsidi keuntungan pembiayaan ia sekali gus mampu melonjakka­n industri PKS tempatan pada masa depan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai peningkata­n kadar peratusan pembiayaan PKS menerusi perbankan Islam dari tahun ke tahun, beliau berkata, angkanya terus meningkat namun, peratusann­ya tidak dapat diperolehi buat masa ini.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Redza
MOHD Redza
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia