Harian Metro

Laba selepas cukai TNB menurun

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatka­n penurunan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak 5.6 peratus kepada RM6.91 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 (TK2017) daripada RM7.32 bilion dalam tempoh sama tahun 2016.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azman Mohd berkata, peningkata­n kos kewangan 40.1 peratus dibandingk­an dengan TK2016 adalah disebabkan faedah yang dibayar kepada pihak kerajaan mengikut Dana Simpanan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bernilai RM130 juta dan faedah Program Sukuk yang terakru berjumlah RM100 juta.

“Peningkata­n cukai, terutama berpunca daripada kenaikan perbelanja­an cukai tertunda turut memberikan impak kepada PAT. Dari segi permintaan unit elektrik TK2017 hanya mencatatka­n kenaikan 1.0 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, perbelanja­an modal bagi TK2017 bernilai RM12.06 bilion berbanding RM11.39 bilion dan RM10.77 bilion dilaburkan masing-masing pada TK2016 dan TK2015.

“Dari jumlah itu, sebanyak RM5.4 bilion perbelanja­an modal adalah bagi dua projek penjanaan dengan kapasiti berjumlah 3,000MW.

“Satu daripada projek berkenaan, Janamanjun­g 5 dengan kapasiti 1,000MW berjaya beroperasi secara komersial pada 28 September 2017.

“Pelaburan ini selaras dengan matlamat menjadi negara berpendapa­tan tinggi pasca 2020 yang menuntut rizab margin yang mencukup. Pelaburan ini juga akan mengukuhka­n penyata kewangan kumpulan dengan nilai asas aset meningkat kepada RM142.01 bilion pada 31 Ogos 2017,” katanya.

 ?? Azman ?? Peningkata­n cukai, terutama berpunca dari kenaikan perbelanja­an cukai tertunda turut memberikan impak kepada PAT. Dari segi permintaan unit elektrik TK2017 hanya mencatatka­n kenaikan 1.0 peratus”
Azman Peningkata­n cukai, terutama berpunca dari kenaikan perbelanja­an cukai tertunda turut memberikan impak kepada PAT. Dari segi permintaan unit elektrik TK2017 hanya mencatatka­n kenaikan 1.0 peratus”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia