Harian Metro

GoHalal intai pasaran Indonesia

-

Kuala Lumpur: Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd (Dagang Net), anak syarikat Dagang NeXchange Bhd (DNeX) yang mengendali­kan platform e-dagang produk halal GoHalal merancang untuk menembusi pasaran Indonesia menjelang tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Dagang Net, Datuk Samsul Husin berkata, pihaknya sudah menyediaka­n pautan dan hak milik domain untuk operasi portal di negara itu sebelum dijangka memulakan operasi seawal 2018.

Menurutnya, bagaimanap­un syarikat akan lebih fokus untuk mengukuhka­n pasaran tempatan sebelum meluaskan operasi di Indonesia yang menawarkan potensi dan pasaran lebih luas.

“Kami tidak akan terburu-buru memperluas­kan platform ini kerana percaya ia perlu berkembang secara organik ditambah kami juga perlu meningkatk­an kapasiti pedagang GoHalal sebelum meluaskan pasaran di luar negara,” katanya pada pelancaran kolaborasi tudung Alif By Sha dan GoHalal, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif GoHalal, Datuk Mohd Nasaruddin Ahmad dan Pengarah Urusan ASK Boutiqe, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mewakili Aliff By Sha.

Sehingga kini, GoHalal memiliki lebih daripada 300 pedagang atau usahawan berdaftar yang menawarkan lebih daripada 1,000 unit simpanan stok produk dengan majoriti barangan terdiri daripada produk tempatan.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam perancanga­n untuk meluaskan pasaran ke China, Jepun dan Filipina dalam tempoh jangka panjang.

 ??  ?? ALIFF (tengah) bersama model yang memperagak­an koleksi rekaan tudung pada pelancaran kolaborasi tudung Alif By Sha dan GoHalal, semalam.
ALIFF (tengah) bersama model yang memperagak­an koleksi rekaan tudung pada pelancaran kolaborasi tudung Alif By Sha dan GoHalal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia