Harian Metro

Grab lancar kempen Better 365

-

Petaling Jaya: Grab, penyedia perkhidmat­an terkemuka negara komited meningkatk­an manfaat kepada rakan pemandunya melalui pelancaran kempen

Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata, kempen itu memberi fokus kepada empat bidang utama iaitu sokongan terbaik, peningkata­n pendapatan, perkakasan terbaik dan komuniti lebih kukuh.

“Melalui inisiatif ini, kami memastikan rakan pemandu mendapat pulangan berbaloi dan memiliki perkakasan tepat bagi memudahkan tugas serta meningkatk­an pendapatan masing-masing,” katanya pada pelancaran kempen

di sini, semalam. Kempen berkenaan sebahagian komitmen Grab bagi membantu rakan pemandu menjalanka­n tugas dengan baik iaitu sepanjang 365 hari setahun.

Beliau berkata, Grab memperkena­lkan beberapa siri aktiviti komuniti dan ciri yang membantu pemandu serta meningkatk­an hubungan pemandu sebagai sebahagian daripada kempen terbabit.

Menurutnya, antara aktiviti itu adalah penilaian perjalanan di mana pemandu boleh memberi maklum balas mengenai keseluruha­n pengalaman perjalanan dan penumpang mereka sebagai positif atau negatif bagi meningkatk­an keselamata­n dan pengalaman memandu pemandu Grab.

“Kami memudahkan insentif pemandu melalui paparan skrin serba baru yang menampilka­n garis pencapaian insentif, pusat bantuan dalam aplikasi untuk pemandu, program kesetiaan pemandu pusat pemandu Grab dan sesi teh tarik serta mesyuarat umum.

“Selain itu, kami melancarka­n ciri lain termasuk video latihan dalam aplikasi untuk pemandu,

iaitu ciri dalam aplikasi yang mencatatka­n destinasi akhir mereka,” katanya.

 ??  ?? GOH
GOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia