Harian Metro

Suami pelakon dibunuh sepupu

-

Seoul: Suami pelakon Korea Selatan, Song Sun-Mi, mati di tangan pembunuh diupah sepupu sendiri kerana perbalahan berhubung harta mendiang datuknya yang juga jutawan, kata pendakwa, semalam.

Mangsa berusia 44 tahun yang cuma dikenali sebagai Koh meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas ditikam di lehernya menggunaka­n pisau sashimi ketika perjumpaan di sebuah firma guaman di Seoul pada Ogos lalu.

Pejabat Pendakwa Agung berkata dalam satu kenyataan, pembunuh berkenaan diupah sepupu Koh, lelaki Korea-Jepun bernama Kwak yang disaman Koh dan mendiang datuk mereka kerana didakwa memalsukan dokumen perwarisan.

“Siasatan menunjukka­n pembunuhan itu terancang dan dilaksanak­an penjenayah upahan,” katanya.

Agensi berita Yonhap melaporkan, datuk Koh yang juga warga Korea-Jepun memiliki beberapa hotel utama di Jepun dengan dokumen yang dipalsukan Kwak membolehka­nnya merampas aset di Seoul bernilai 68 bilion won (RM256 juta).

Kwak dilaporkan mengupah pembunuh berusia 28 tahun terbabit 2 juta won (RM 7, 500) dan menghantar pesanan teks kepadanya selepas serangan dilaksanak­an, mengarahka­nnya melarikan diri ke Filipina.

Kwak dan pembunuh itu berkenalan di sebuah sekolah bahasa di Jepun pada 2012 dan tinggal bersama sejak Mei tahun ini.

Kwak didakwa awal bulan ini dan pendakwa cuma mendedahka­n butiran kes itu semalam selepas menambah tuduhan menghasut bunuh terhadapny­a.

Pembunuh terbabit yang tidak didedahkan identitiny­a ditahan di tempat kejadian. - AFP

 ??  ?? SONG
SONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia