Harian Metro

Menteri berang dakwaan bomoh

-

Colombo: Menteri Sukan Sri Lanka menafikan mengarahka­n pasukan kriket kebangsaan menggunaka­n ilmu sihir untuk meraih kemenangan terhadap Pakistan, awal bulan ini.

Dayasiri Jayasekara mengancam menyaman seorang bomoh tempatan yang membuat dakwaan itu, baru-baru ini di media sosial.

“Saya mengancam menyamanny­a jika tidak membuang kenyataan itu, selain membuat laporan polis terhadapny­a.

“Saya tidak mengarahka­n kapten atau pasukan itu mendapatka­n khidmatnya. Sungguh tidak masuk akal, terutama memandangk­an kita kalah 5-0 sehari kemudian.

“Kalau benar dia menggunaka­n sihir, bagaimana kami boleh kalah seteruk itu?” soalnya.

Ganga Zoiza memuat naik kenyataan di Facebook mendakwa menteri terbabit mengarahka­n pemain, Dinesh Chandimal menemuinya dan meminta sihir memastikan kemenangan terhadap Pakistan yang diketahui bermain lebih baik berbanding pasukan Sri Lanka.

“Chandimal datang menemui saya sebelum pergi untuk perlawanan di Emiriyah Arab Bersatu.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih khusus kepada Jayasekara kerana menyuruhny­a menemui saya. Saya akan memastikan kriket Sri Lanka memasuki era emas selepas ini,” katanya di Facebook selepas Sri Lanka menang permainan itu pada 6 Oktober lalu.

Dia turut memuat naik gambar Chandimal di kediamanny­a.

Bagaimanap­un, dia menurunkan gambar dan kenyataan itu susulan amaran menteri berkenaan.

Ahli politik, perniagaan dan bintang sukan Sri Lanka kerap mempercaya­i astrologi dan ilmu sihir. Ramai yang menjadi mangsa tipu disebabkan kepercayaa­n itu.

Pada 2015, Presiden Mahinda Rajapakse mematuhi nasihat ahli nujum peribadiny­a dan mengadakan pilihan raya dua tahun lebih awal namun kalah teruk. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia