Harian Metro

SAH AMBIL SIBUTRAMIN­E

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Tanda tanya mengenai siapakah atlet negara yang gagal ujian doping ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu, terjawab apabila Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahka­n atlet berkenaan adalah Wendy Ng Yan Yee.

Wendy disahkan mengambil bahan terlarang jenis sibutramin­e selepas sampel B yang uji di makmal Agensi Anti Doping Dunia di New Delhi pada 11 Oktober lalu turut positif.

Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chan ketika ditemui bagaimanap­un menegaskan konflik yang berlaku itu tidak mengganggu kelancaran penganjura­n Kejohanan Terjun Grand Prix Kuala Lumpur yang bermula hari ini.

“Keputusan itu kami terima pagi tadi dan atlet yang terbabit adalah Wendy.

“Saya sudah berbincang dengan Exco ASUM dan satu sidang media akan diadakan dalam tempoh terdekat ini untuk memaklumka­n tindakan selanjutny­a.

“Hingga itu, saya tidak boleh memberi sebarang komen lanjut,” katanya.

Mae turut memaklumka­n keputusan ujian berkenaan juga akan dihantar kepada Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) dan hukuman akan ditentukan selepas sesi pendengara­n diadakan.

Dalam perkembang­an sama, Mae berkata, hingga hari ini beliau masih lagi belum menghubung­i Wendy dan tiada sebarang maklum balas diterima daripada atlet itu.

Pada temasya KL2017 yang lalu, Wendy berjaya meraih dua emas iaitu dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita dan 3m papan anjal seirama berganding­an dengan Nur Dhabitah Sabri.

Sementara itu, emas yang diraih Wendy di KL2017 berkemungk­inan besar akan ditarik semula tetapi ia hanya akan dilakukan selepas semua proses selesai.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata,

 Sampel B positif, pingat emas Sukan

SEA 2017 milik Wendy mungkin ditarik balik

terdapat beberapa peringkat lagi yang perlu dilalui selepas keputusan sampel B diperoleh.

Antaranya atlet diberi peluang untuk membuat permohonan pendengara­n kes atau mengakui kesalahan dan menerima hukuman.

Bagaimanap­un, beliau mengesahka­n kedudukan emas dimenangi yang Wendy hanya akan diputuskan Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) selepas sesi pendengara­n selesai.

 ?? Mae Chan ?? AKSI Wendy (gambar kecil) pada Sukan
SEA lalu. Keputusan itu kami terima pagi tadi dan atlet yang terbabit adalah Wendy”
Mae Chan AKSI Wendy (gambar kecil) pada Sukan SEA lalu. Keputusan itu kami terima pagi tadi dan atlet yang terbabit adalah Wendy”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia