Harian Metro

Durriyah OK

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

 Kongsi kedudukan bersama Natasha dan Winnie selepas lakukan kesilapan di lubang ke-17

Kejayaan muncul pemain terbaik negara pada hari pertama Kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby yang sedang berlangsun­g di TPC Kuala Lumpur dengan 72 pukulan sedikit mengubat kekecewaan Nur Durriyah Damian gara-gara bogey berganda yang dilakukann­ya di lubang ke-17, semalam.

Durriyah, 22, mengetuai cabaran pemain negara selepas tiga birdie dan dua bogey untuk merekod satu bawah par tetapi kesilapan pada lubang ke-17 menyebabka­n dia terpaksa berkongsi kedudukan ke-41 bersama dua lagi rakan senegara Natasha Andrea Oon dan Winnie Ng.

“Saya terlepas beberapa putt untuk birdie sebelum melakukan kesilapan di lubang 17. Pukulan saya tersasar ke kanan sebelum terkena batu dan masuk ke dalam air.

“Saya sudah melakukan yang terbaik hari ini, saya

(gambar kanan)

gembira sebenarnya dan bermain dalam keadaan tenang. Saya gembira dengan diri sendiri hinggalah lubang kedua terakhir.”

Durriyah yang berasal dari Kuala Lumpur, mengaku agak gugup pada mulanya tetapi selepas beberapa lubang, dia mula dapat memberikan tumpuan di lapangan.

“Saya sebenarnya amat gementar apatah lagi ini adalah kejohanan pertama selaku profesiona­l. Mungkin disebabkan rehat yang cukup, saya dapat mengawal keadaan itu.”

Sementara itu, Natasha mengalami nasib sama apabila melakukan bogey berganda di lubang 14.

Namun, Natasha kembali mendapat sentuhan dengan empat birdie dan tiga bogey.

“Saya tidak bermain sebarang kejohanan sebelum ini jadi saya dapat melakukan persiapan untuk minggu ini dan berehat secukupnya, secara mental dan fizikal,” katanya.

Pemain tempatan lain yang turut beraksi termasukla­h Michelle Koh (75), Liyana Durisic (77), Aretha Pan (79), Zulaikah Nurziana Nasser (81) dan Kelly Tan (82).

Hari pertama kejohanan dikuasai pemain New Zealand yang juga bekas pemain nombor satu dunia, Lydia Ko yang melakar tujuh bawah 64.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia