Harian Metro

Jellson teruja beraksi kali pertama di GP KL

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penerjun muda negara, Jellson Jabillin

teruja apabila diberi kepercayaa­n untuk beraksi buat kali pertama pada kejohanan Terjun Grand Prix Kuala Lumpur (GP KL) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Ia kejohanan besar pertama buat penerjun muda berusia 16 tahun itu selepas berjaya menyumbang­kan dua pingat emas ketika temasya Sukan SEA (KL2017) lalu.

Tegas Jellson, dia kini sudah bersedia sepenuhnya dan tidak sabar untuk memberi aksi terbaik biarpun mengakui untuk meraih pingat emas bukan mudah.

“Emas tetap sukar kerana ramai penerjun yang hebat akan mengambil bahagian. Tapi saya akan cuba.

“Tambahan pula ia GP pertama saya dan kali pertama saya beraksi bersama mereka yang jauh lebih hebat,” katanya.

Jellson diberi kepercayaa­n oleh ketua jurulatih Yang Zhuliang untuk beraksi dalam dua acara 10m platform seirama campuran berganding­an bersama juara dunia Cheong Jun Hoong manakala dalam acara 10m platform seirama bersama Hanis Nazirul

(gambar)

Jaya Surya.

Sementara itu Zhuliang berkata, atlet negara menjalani latihan seperti biasa namun jarak masa yang singkat antara temasya Sukan SEA dan GP KL sedikit merencatka­n rentak latihan apabila mereka sukar melakukan terjunan darjah kesukaran lebih tinggi.

Namun, beliau berkata, penerjun negara mampu memberi aksi lebih baik berbanding KL2017 apabila Malaysia menyapu bersih 13 pingat emas yang dipertandi­ngkan.

Tegasnya, kehadiran penerjun handalan dari China menjadikan tahap saingan lebih sengit dan pertanding­an kali ini lebih kompetitif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia