Harian Metro

Taktik serang balas senjata baru Malaysian Tigress

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Taktik serangan balas yang diterapkan skuad hoki wanita negara dilihat mampu menjadi senjata baru buat pasukan selepas percaturan itu membantu Malaysian Tigress mengikat Jepun 2-2 dalam aksi pemanas badan terakhir di Kakamigaha­ra, Jepun, semalam.

Nyata pertaruhan berani pengendali­nya, Dhaarma Raj Abdullah dengan bertahan membuahkan hasil apabila ia berjaya memerangka­p lawan di ranking ke-11 dunia itu sekali gus meraih tonik terbaik menjelang aksi pembukaan Piala Asia berdepan China, esok.

Namun, untuk beraksi dengan strategi sama bagi pertemuan sulung menentang pasukan gergasi Asia itu, Dhaarma, 48, percaya beliau memerlukan satu persembaha­n lebih mantap.

“Kedua-dua gol kami hadir menerusi serangan balas selepas kami membenarka­n Jepun mengasak. Bagi saya apa yang mustahak pemain dapat beraksi baik dan tiada kecederaan.

“Tapi apapun, kami perlu memperkema­skan barisan pertahanan sekiranya mahu beraksi dengan strategi sama bagi perlawanan dengan China,” katanya.

Kata-kata Dhaarma itu, sekali gus merujuk kepada empat pertahanan utamanya iaitu kapten Siti Noor Amarina Ruhani, Juliani Din, Noraini Rashid dan Siti Rahmah Othman.

Penguasaan jelas memihak kepada Jepun pada aksi itu namun kedua-dua pasukan mencipta peluang seimbang selepas Jepun meraih tiga pukulan sudut penalti berbanding dua yang dimiliki Malaysia.

Begitupun, pakar flick negara, Noraini perlu memastikan pukulan sudut penaltinya benar-benar tajam selepas kedua-dua gol negara dalam aksi itu dihasilkan menerusi gol padang Nuraslinda Said dan Hanis Nadiah Onn.

“Gol pertama Jepun pula dijaringka­n menerusi pukulan sudut penalti dengan gol kedua hasil gerakan padang.

“Secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan dua aksi pemanas badan ini kerana ia memberi kami keyakinan untuk pertemuan dengan China,” kata Dhaarma.

Selepas menentang pasukan ke-12 dunia China, Malaysia dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Singapura (40) pada keesokan harinya sebelum membuat perhitunga­n sekali lagi dengan India yang menewaskan mereka 2-1 dalam aksi pemanas badan kelmarin.

Piala Asia 2017 menawarkan peluang terakhir buat skuad negara untuk layak ke Piala Dunia 2018 di London, Mei tahun depan, namun ia bukan mudah kerana mereka perlu menjuarain­ya untuk layak automatik sebagai juara zon Asia.

 ??  ?? SKUAD hoki wanita yang bersaing di Piala Asia di Kakamigaha­ra, Jepun.
SKUAD hoki wanita yang bersaing di Piala Asia di Kakamigaha­ra, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia