Harian Metro

‘Semua pemenang’

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Sebanyak 48 sekolah rendah dan menengah tampil menyertai Karnival Bowling Remaja Perpaduan Berpasukan 2017 yang berlangsun­g di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Setiap pasukan diwakili empat pemain dengan dua pemain diwakili kaum berlainan dan diketuai guru sekolah. Menariknya, semua pasukan memenuhi syarat kejohanan dengan matlamat memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Porgram itu turut mendapat kerjasama Kelab Sukan SportsUnit­e, Sunway Mega Lanes, MILO dan ANTABAX.

Pengerusi Kelab Sukan SportsUnit­e, Datuk Dina Rizal berkata, pihaknya wajar memuji semua pasukan yang memenuhi peraturan pertanding­an dengan mendaftar dua kaum berbeza.

“Pada kami, tiada istilah menang atau kalah, semua yang bertanding dianggap pemenang.

“Sambutan meriah ini adalah satu petanda bahawa semua pihak menyokong visi murni SportsUnit­e ini,” katanya.

Kajang High School Team 2 yang diwakili Nik Suhaimi Nik Jaafar, Amir Mehmood Amjid, Nabil Annaf Adam dan Amirul Hafiz Norazha muncul juara kategori sekolah menengah selepas melakukan 1,827 jatuhan pin manakala Asia Pacific Smart School (APSS) 2 menduduki tangga kedua dengan 1,799 jatuhan pin sambil diekori Asia Pacific Smart School (APSS) 1 (1,768 jatuhan pin).

Norasyikin Roslan dari Sekolah Tinggi Kajang berjaya

 Karnival Bowling Remaja capai matlamat erat perpaduan antara kaum

melakukan Hi Game dengan 172 jatuhan pin manakala kategori lelaki dimenangi Danial Ross Ahmad Ridzuan dari Asia Pacific Smart School dengan 204 jatuhan pin.

Juara kategori sekolah kebangsaan menjadi milik Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya yang diwakili Suphian @ Sharbini Mohedin, Nashrur Aisyha Hani Suphian, Amzar Ali dan Ariff Fikri Amir yang melakukan 1,378 jatuhan pin manakala Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Team 10 di tempat kedua (1,214 jatuhan pin) dan tempat ketiga disandang Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Team 8 (1,180 jatuhan pin).

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain dan penyokong ceria pada kemuncak kejohanan di Sunway Pyramid.
SEBAHAGIAN pemain dan penyokong ceria pada kemuncak kejohanan di Sunway Pyramid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia